Harga minyak susut pada dagangan Khamis selepas menyentuh paras tertinggi mingguan menghampiri $73 per tong apabila pasaran melihat perkembangan geopolitik yang tidak dijangka mengenai rundingan damai di antara Rusia dan Ukraine.
Niaga Hadapan Minyak Brent turun 0.3% kepada $75.83 per tong pada manakala Niaga Hadapan Minyak Mentah WTI susut 0.4% kepada $71.82 per tong.
Dari segi geopolitik, perbincangan peringkat tinggi telah bermula di antara pegawai AS dan Rusia di Arab Saudi bertujuan untuk merundingkan penamatan konflik yang sedang berlaku di Ukraine.
Walau bagaimanapun, rundingan tersebut dijalankan tanpa penglibatan daripada wakil Ukraine. Hal ini mencetuskan keraguan tinggi berkenaan perbincangan yang kelihatan ‘berat sebelah’.
Sekiranya perjanjian damai berjaya, ini akan menyebabkan penarikan balik sekatan ke atas eksport minyak Rusia, sekali gus meningkatkan bekalan minyak global dan membuka kelonggaran pada harganya.
Sementara itu, Institut Petroleum Amerika (API) melaporkan peningkatan 3.34 juta tong dalam inventori minyak mentah AS bagi minggu berakhir 14 Februari, mengatasi jangkaan penganalisis iaitu kenaikan 2.2 juta tong.
Peserta pasaran akan memantau dengan teliti laporan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) AS yang akan datang untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang arah aliran terkini.