Wall street dilihat lemah pada Jumaat, ketika pelabur sedang menantikan laporan pekerjaan NFP yang bakal mempengaruhi kadar faedah yang bakal ditentukan oleh Rizab Persekutuan (Fed).
Laporan suku keempat yang kukuh dicatatkan Amazon tidak memberi kesan positif kepada syarikat tersebut setelah kehilangan lebih 4% yang disebabkan ramalan pendapatan yang kurang memberangsangkan.
Pada Khamis, saham indeks Amerika Syarikat (AS) mencatatkan kenaikan dengan Nasdaq dan S&P 500 masing-masing dengan 0.51% dan 0.36%, berbeza dengan Dow Jones yang turun sebanyak 0.28%.
Laporan pendapatan dan data ekonomi yang telah dikeluarkan pada minggu ini telah dijadikan panduan oleh pelabur dalam membuat keputusan dalam pasaran yang dapat dilihat dengan peningkatan dicatatkan dalam saham berkaitan saham dalam sektor ruji pengguna, kewangan dan teknologi manakala saham tenaga, penjagaan kesihatan dan utiliti merosot.