Kejutan buat semua pengarah filem di seluruh dunia apabila Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump mengeluarkan tarif sebanyak 100% ke atas mana-mana filem yang dihasilkan di luar Amerika Syarikat (AS) pada hari Ahad yang lalu.
Namun, tindakan yang katanya untuk menyelamatkan industri perfileman Hollywood, alih-alih memakan diri sendiri apabila saham studio gergasi AS yang tersembam dulu.
Pagi Isnin menyaksikan saham-saham filem syarikat di Hollywood sendiri menjunam jatuh seperti Disney, Netflix dan Warner Bros – semuanya jatuh lebih daripada 1% dalam semalaman.
Mungkin kali ini Trump silap percaturan dalam membuat tarif kerana keputusan ini tidak berhasil menaikkan kegemilangan Hollywood malah pelabur langsung tidak teruja dan terus angkat kaki daripada industri perfileman tersebut.
Penganalisis memberi amaran bahawa tarif ini boleh makan diri dan menyebabkan kurang filem dihasilkan, tindak balas dari luar negara, dan kerugian berbilion dolar dalam perdagangan global.
Netflix, yang 75% kandungannya dihasilkan di luar negara merupakan antara syarikat yang paling terdedah kepada risiko.
Sementara itu, sektor perfileman California sudah pun mulai terkesan dengan penurunan 22% dalam jumlah penggambaran tahun ini, kini mungkin berdepan krisis sepenuhnya.
Penyokong kempen “Stay in LA” menyamakan kejatuhan ini dengan keruntuhan industri automotif Detroit, dan mendesak kerajaan negeri menaikkan kredit cukai sebelum Hollywood benar-benar ‘gelap’.
Kalau gergasi seperti Disney dan Netflix pun boleh tergelincir, apa strategi anda? Terokai strategi untuk bertahan dan berkembang dengan HUSTLE24HOUR hari ini. Klik link dan bersedia untuk up level dalam trading bersama H24H!