Sebuah e-mel bocor daripada ejen FSB yang dikenali sebagai “Winds of Change” mendedahkan bahawa Kremlin pernah mempunyai perancangan serius bagi membuat serangan ke atas Jepun.
E-mel bertarikh 17 Mac 2022 itu dihantar kepada aktivis hak asasi manusia buangan, Vladimir Osechkin.
Ia menyatakan Rusia bersedia melancarkan konflik terhadap Jepun dengan operasi helikopter perang elektronik dan propaganda melabel rakyat Jepun sebagai “Nazi.”
Namun, Jepun tiba-tiba “digugurkan” dan Ukraine dipilih sebagai sasaran sebenar.
Taktik licik atau takut dengan tindak balas Jepun selepas rahsia bocor?
Menurut pemberi maklumat itu, perang tetap akan berlaku kerana obsesi kepimpinan terhadap konflik bersenjata.
Pakar keselamatan, Christo Grozev mengesahkan kesahihan e-mel ini selepas ditunjukkan kepada dua bekas ejen FSB.
Mengapa Jepun? Jawapannya mungkin terletak pada pertikaian puluhan tahun mengenai Kepulauan Kuril—wilayah yang kekal di bawah pendudukan Rusia sejak Perang Dunia Kedua.
Lokasi berubah, tapi niat tak pernah padam. Mungkinkah dunia hanya menghitung detik?