Ideologi ‘America First’ yang dibawa oleh Presiden Donald Trump secara umumnya mencerminkan pendekatan aktiviti domestik berbanding antarabangsa, serta mengangkat martabat negara Amerika Syarikat sebagai sebuah negara agung dalam perdagangan.
Ia disebabkan status quo tentang kedudukan AS sebagai negara pengimport dan pengeksport terbesar dunia berdasarkan laporan Pertubuhan Perdagangan Dunia.
Walau bagaimanapun, pendekatan tersebut kini menimbulkan ketidakstabilan dalam ekonomi AS serta mencetuskan kebimbangan pasaran terutamanya pertumbuhan domestik.
Semasa di awal pelantikan Trump, beliau mengenakan tarif import tinggi termasuk 145% ke atas barangan China.
Langkah tersebut menjejaskan rantaian bekalan global, menurunkan aktiviti pelabuhan, kekurangan barangan luar serta mampu memberi kesan ke atas data buruh dalam sektor logistik dan runcit.
Selain itu, beberapa ancaman jangka masa panjang dengan para pelabur melihat Amerika Syarikat bakal menghadapi masalah kenaikan inflasi dan memperlahankan pertumbuhan ekonomi dunia.
Negara-negara Asia Tenggara yang merupakan pengeluar produk teknologi global bersatu apabila bebanan tarif Trump dengan mempelbagaikan destinasi eksport mereka.
Hal ini juga akan mengukuhkan kedudukan China sebagai kuasa ekonomi dunia apabila kebanyakan negara mula melihat risiko dagangan bersama Amerika Syarikat.
Ramai yang ikut perkembangan isu tarif, tapi abaikan peluang untuk buat duit. Betul, ada orang di luar sana yang manfaatkan isu ini untuk jana untung. Seperti ahli dalam komuniti HUSTLE24HOUR, isu-isu terbaru dalam pasaran dilihat sebagai satu peluang. Jika anda nak dibimbing untuk kenal pasti peluang dalam pasaran, sertai HUSTLE24HOUR sekarang! KLIK LINK UNTUK SERTAI H24H!