Menteri Pelaburan, Perdagangan dan Industri (MITI), Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz bersedia untuk mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Amerika Syarikat bertujuan untuk meyakinkan pembuat dasar di sana bahawa AS masih mendominasi dalam hubungan perdagangannya dengan Malaysia dan rantau Asean yang lebih luas.
Zafrul menekankan kepentingan penglibatan, terutamanya memandangkan integrasi mendalam eksport Malaysia seperti semikonduktor dalam rantaian bekalan teknologi di Amerika Syarikat.
Katanya lagi, AS ialah destinasi eksport tersebar Malaysia dengan 60% daripada produk elektrik dan elektronik serta lebih 20% adalah semikonduktor.
Sudahnya pasti beliau bimbang jika ancaman tarif atau sekatan eksport ke atas semikonduktor memberi kesan mendalam ke atas dagangan Malaysia.
Pada bulan lalu, Presiden AS Donald Trump telah melancarkan tarif tambahan sebanyak 25% ke atas import dari Kanada dan Mexico serta tambahan 10% ke atas import China.
Tarif ke atas China berkuatkuasa pada 4 Februari, manakala untuk Kanada dan Mexico ditangguhkan selama sebulan.
Menurut Zafrul, Malaysia mencatatkan nilai dagangan sebanyak RM73 billion dengan AS pada 2024.
Jika kita melihat secara dasarnya, pentadbiran Donald Trump mahu memastikan Amerika Syarikat kekal menjadi gergasi ekonomi dunia dan Malaysia perlu mengambil langkah kerjasama bagi meyakinkan bahawa rantau Asean menyumbangkan secara positif kepada ekonomi AS.
Jika rundingan tersebut gagal, Malaysia perlu membincangkan bagaimana untuk membuatkan pembuat Amerika Syarikat terus meyakini mereka.