Pada suku pertama 2025, eksport beras Thailand dilaporkan menurun 30% kepada 2.1 juta tan mendorong rancangan untuk penurunan unjuran sasaran eksport 2025.
Eksport tahun 2024 telah mencatatkan peningkatan 13% kepada 9.95 juta tan, rekod tertinggi sejak 2018.
Jumlah eksport Thailand 2024 naik 27% dengan nilai eksport AS$6.434 billion didorong oleh permintaan global yang tinggi dan kebergantungan pada beras India.
Faktor penurunan pengeluaran beras 2025 disebabkan perang dagangan Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump, harga beras lebih mahal, dan penyambungan semula eksport beras India.
Kementerian Perdagangan dan Persatuan Pengeksport Beras Thailand telah menetapkan sasaran eksport bernilai 7.5 juta pada 2025.
Kadar kejatuhan turut disebabkan kuasa beli pengimport Filipina berkurang dan eksport India diteruskan.
Selain itu, persaingan dari India dan Vietnam menyebabkan Malaysia, Filipina dan Afrika Selatan beralih ke India kerana harga lebih murah.
Kementerian Perdagangan Thailand mempergiat usaha merundingkan penjualan beras kepada pengimport termasuk misi ke Afrika Selatan yang berjaya menjual 400,000 tan.
Jabatan itu juga akan mengadakan Konvensyen Beras Thailand ke-10 pada 26 Mei 2025 dengan 500 peserta dan perbincangan panel untuk mempromosikan beras Thailand.
Secara keseluruhan, antara 1 Januari hingga 18 April 2025 keuntungan turun 19.31% dengan eksport sebanyak 2,477 juta tan.
Trader kena ada panduan yang jelas dalam memahami pergerakan pasaran untuk disesuaikan dalam trading. Program HUSTLE24HOUR menyediakan medium pembelajaran yang terbaik untuk anda yang zero bermula dari bawah. KLIK UNTUK SERTAI.