Tindakan pelabur yang menantikan data inflasi Amerika Syarikat (AS) sebabkan pasaran saham pada Rabu kebanyakannya tiada perubahan ketara dengan pergerakan yang terhad.
Berbeza pada Selasa, Wall Street dilihat mencatatkan keputusan bercampur-campur dengan S&P 500 dan Dow masing-masing meningkat 0.03% dan 0.28% manakala Nasdaq jatuh 0.36%.
Kebimbangan utama bagi pelabur ialah keputusan Presiden Trump untuk meletakkan cukai 25% ke atas import keluli dan aluminium yang boleh menyebabkan negara lain mungkin bertindak balas dengan sekatan perdagangan mereka sendiri, mendorong kepada kemungkinan perang perdagangan.
Perniagaan bimbang tentang kos yang lebih tinggi dan keuntungan yang lebih rendah.
Sementara itu, Pengerusi Rizab Persekutuan (Fed) Jerome Powell berkata bahawa bank pusat tidak tergesa-gesa untuk mengurangkan kadar faedah dalam masa terdekat walaupun inflasi masih di atas 2%.
Laporan inflasi Januari dan ucapan Powell termasuk laporan pendapatan daripada syarikat besar seperti Cisco, CVS Health, Kraft Heinz, MGM Resorts dan Robinhood jadi tumpuan pelabur ketika ini.