Belum pun reda kesedihan akibat serangan sebelum ini, Gaza sekali lagi dibedil dengan kekejaman yang lebih dahsyat.
Dalam serangan udara terbesar dalam setahun, sekurang-kurangnya 400 rakyat Palestin terkorban dan kali ini, lebih tragis dan kejam.
Lebih mengejutkan apabila Presiden Amerika, Donald Trump sendiri dikatakan memberi ‘green light’ bagi perlanggaran perjanjian tersebut berlaku!
Ini berlaku selepas beliau lantang mengecam Hamas kerana tidak segera membebaskan banduan Israel dan mengugut akan memberikan “neraka dunia” kepada Hamas jika tuntutannya tidak dipenuhi.
Namun, mengapa kini Trump membiarkan rakyat Palestin menjadi korban?
Menurut pegawai Israel, serangan ini adalah tindak balas terhadap keengganan Hamas melepaskan tebusan, sekali gus memusnahkan fasa kedua gencatan senjata yang rapuh.
Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu, malah berikrar bahawa serangan ini “baru permulaan.”
Sementara itu, Hamas menuduh Israel melanggar perjanjian dan membahayakan nyawa tebusan.
Turki menyifatkan tindakan Israel sebagai “fasa baharu dalam dasar pembunuhan beramai-ramai.”
Dengan bantuan kemanusiaan disekat selama 17 hari dan hospital semakin lumpuh, Gaza kini di ambang kehancuran.
Adakah perang besar-besaran kini tidak dapat dielakkan?