Presiden Donald Trump sememangnya terkenal dengan tindakan tegas – terutamanya terhadap seteru ekonominya, China.
Tidak cukup dengan serangan tarif secara bertubi-tubi sehingga menghempaskan lebih 104% tarif terhadap China, tindakan Trump ekstrem yang baharu mampu menggegarkan dunia ekonomi dengan mengumumkan tarif baharu sebanyak 90% ke atas bungkusan kecil dari China bermula 2 Mei.
Pakej bernilai bawah $800 yang sebelum ini bebas cukai kini akan dikenakan bayaran sama ada 90% dari nilai atau minimum $75.
Lebih mengejutkan, kadar ini akan naik lagi ke $150 selepas 1 Jun.
Langkah drastik ini secra tidak langsung telah menutup sepenuhnya ‘loophole’ yang digunakan Shein dan Temu untuk jual barang murah terus ke pengguna AS melalui sistem pos antarabangsa.
Forever 21 antara jenama yang ‘tumbang’, menyalahkan lonjakan Shein dan Temu sebagai punca kejatuhan mereka.
Tapi bagi pengguna, ini mungkin bermakna era barang murah dari China bakal berakhir.
Adakah masa depan ‘Add to Cart’ bakal diganti dengan ‘Add to Suffering’?
Mungkin boleh fikir semula dan buang sikit-sikit barang dalam cart!