Presiden Donald Trump telah menandatangani perintah eksekutif untuk menyekat Mahkamah Jenayah Antarabangsa (ICC) atas tuduhannya sebagai tidak berasas yang menyasarkan Amerika Syarikat dan Israel.
Sekatan itu termasuklah menetapkan sekatan kewangan dan visa para pegawai serta ahli keluarga mereka yang terlibat dalam siasatan ICC ke atas dua buah negara itu.
Trump menandatangani langkah itu ketika Perdana Menteri Israel Benjamin Netanyahu sedang melawat Washington.
November lalu, ICC mengeluarkan waran tangkap untuk Netanyahu atas dakwaan jenayah perang di Gaza dan juga mengeluarkan waran untuk komander Hamas.
Walau bagaimanapun, mahkamah yang berpangkalan di Belanda itu berkata mereka kesal dengan tindakan Donald Trump itu.
Menteri Luar Belanda, Caspar Veldkamp berkata tugas mahkamah adalah penting dalam memerangi jenayah besar.
Memo yang baru sahaja dikeluarkan oleh White House itu menuduh ICC telah mencetuskan ketidakadilan yang memalukan antara Hamas dan Israel.
Donald Trump berkata bahawa tindakan ‘melulu’ ICC itu bakal membahayakan rakyat Amerika Syarikat dan kerja dasar luar negara yang kritikal buat dua buah negara sekutu itu. – BBC