Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, semalam, mengumumkan beliau akan menandatangani satu perintah eksekutif untuk membuat satu potongan harga ubat di AS dengan kadar pemotongan harga yang tinggi.
Perintah eksekutif itu bertujuan untuk memastikan Amerika membayar harga ubat yang setara dengan negara paling murah di dunia, satu langkah yang dijangka akan menggoncang industri farmaseutikal.
Trump berkata beliau akan melaksanakan dasar ‘Most Favored Nation’, yang menurutnya mampu mengurangkan harga ubat antara 30% hingga 80%, terutama bagi ubat-ubatan yang diberikan di hospital atau klinik seperti rawatan kanser.
Langkah ini akan mensasarkan ubat di bawah Medicare Part B dan dijangka dapat menjimatkan berbilion dolar untuk kerajaan.
Ini bukan pertama kali Trump mengusulkan idea ini – usaha serupa pernah dicuba pada 2020 tetapi disekat oleh mahkamah.
Namun kali ini, Trump kembali dengan usaha tersebut sambil menekankan janji pilihan rayanya, mengatakan bahawa Amerika membayar harga ubat paling tinggi di dunia, sementara rakyat menjadi mangsa dan syarikat farmaseutikal terus meraih untung besar atas alasan kos R&D.
Industri farmaseutikal sudah mula memberi amaran bahawa penetapan harga kerajaan boleh mengekang inovasi dan pembangunan ubat baharu.
Walau bagaimanapun, Trump tetap berpegang teguh dengan keputusan untuk meneruskan langkah ini, meskipun dengan kempen dana berjuta yang cuba menghalangnya.
Langkah Trump menekan industri farmaseutikal demi keadilan harga ubat membuktikan bahawa perubahan besar memerlukan keberanian dan begitu jugalah dalam dunia trading. Sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk naikkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil. Klik link untuk mula bersama H24H!