Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump menandatangani arahan eksekutif untuk menubuhkan “sovereign wealth fund” yang akan berfungsi untuk melabur dalam projek dan perniagaan bagi membolehkan lagi kekayaan AS berkembang.
Dana ini akan diuruskan oleh kerajaan dan arahan untuk penubuhan dana ini telah ditandatangani oleh Trump yang akan ditubuhkan dalam masa setahun.
Pelan terperinci untuk dana tersebut akan dikemukakan dalam masa 90 hari oleh Jabatan Perbendaharaan dan Perdagangan AS.
Walau bagaimanapun, Trump mencadangkan pendapatan untuk dana tersebut datang dari hasil cukai ke atas barang import.
Beliau juga mengulas isu TikTok yang baru-baru ini menghadapi larangan disebabkan oleh kebimbangan keselamatan, Trump sebelum ini menyatakan minatnya untuk membeli aplikasi tersebut mungkin akan menggunakan dana tersebut.
Pada masa yang sama Trump memberi kemaskini berkaitan rundingan pembelian TikTok yang akan dibuat tidak lama lagi.
Pakar percaya Kongres perlu meluluskan dana itu kerana perintah eksekutif tidak dapat menyediakan wang yang diperlukan untuk penubuhan dana tersebut.