Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, sekali lagi mencetuskan kontroversi dengan menuduh Ireland ‘merompak’ syarikat farmaseutikal Amerika menerusi dasar cukai rendah yang menyebabkan AS kehilangan berbilion dolar.
Beliau menyuarakan ketidakpuasan hatinya selepas melihat syarikat gergasi seperti Pfizer dan Eli Lilly berpindah ke pulau kecil itu, sambil mendakwa bahawa Ireland kini menggenggam keseluruhan industri farmaseutikal AS.
Dalam pertemuan Hari St. Patrick di White House, Trump menyelar situasi ini sebagai “tidak adil” untuk Amerika.
Namun, seperti biasa, beliau tidak boleh serius terlalu lama.
Trump kemudiannya mengendurkan suasana dengan memuji rakyat Ireland sebagai “bijak” dan bergurau bahawa dia tidak akan mengeringkan ekonomi mereka – kecuali jika dia mahu kehilangan undi mereka.
Trump turut melepaskan kemarahannya kepada Kesatuan Eropah (EU), menuduh blok itu “mengambil kesempatan” ke atas AS dengan menyekat produk pertanian dan kereta Amerika, sementara membanjiri pasaran AS dengan BMW dan Volkswagen.
Sementara itu, pegawai EU menepis ancaman perdagangan Trump, mengibaratkan rundingan dengan AS seperti membuang “ikan busuk” dari meja rundingan.
Dengan ketegangan semakin memuncak dan perang dagangan kembali membara, satu perkara jelas – Trump sedang bersiap sedia untuk satu lagi pertarungan ekonomi.