Microsoft membuat satu langkah yang mengejutkan pada hari Isnin dengan mengumumkan pembuangan kira-kira 6,000 pekerja yang bersamaan 3% daripada keseluruhan tenaga kerja global sekaligus menjadi pelan pemecatan terbesar syarikat itu sejak 2023.
Ibu pejabat Redmond di Washington menjadi lokasi paling terkesan, dengan hampir 2,000 pekerja diberhentikan — termasuk 1,510 dari kalangan staf pejabat.
Ironinya, keputusan ini dibuat selepas syarikat itu melaporkan keuntungan suku tahunan mencecah $25.8 bilion yang melebihi jangkaan pasaran.
Duit masuk macam air, tapi pekerja tetap kena buang. Kenapa?
Jurucakap Microsoft bersama sidang media menyangkal bahawa keputusan itu didorong oleh prestasi pekerja pekerja.
Sebaliknya, ia kononnya langkah untuk “mengurangkan lapisan pengurusan” dan menyesuaikan struktur syarikat dengan landskap pasaran yang berubah.
Alasan yang sama digunakan Amazon pada awal tahun ini semasa mereka menyingkirkan pekerja kerana wujud “lapisan yang tak perlu.”
CEO Microsoft, Satya Nadella sendiri pernah berkata bahawa perubahan strategi jualan diperlukan, jika pertumbuhan Azure (yang tak berkait dengan AI) tidak memberangsangkan.
Tetapi anehnya, segmen cloud AI mencatatkan prestasi luar jangka. Jadi, bila AI makin berkuasa, manusia makin tak diperlukan?
Saham Microsoft pula terus melonjak, tutup pada $449.26 — tertinggi untuk tahun ini. Pasaran tepuk tangan, pekerja pula digugurkan.
Adakah ini strategi pintar, atau wajah sebenar kapitalisme moden yang semakin kejam?
Apa yang pasti, dengan perubahan pesat dalam dunia teknologi, kita perlu lebih bersedia menghadapi cabaran besar. Jangan tunggu lagi, sertai program HUSTLE24HOUR hari ini untuk tingkatkan level trading anda dan bina masa depan yang lebih stabil! Klik link untuk mula bersama H24H!