Saham Wall Street Amerika Syarikat (AS) berakhir bercampur-campur selepas merekodkan peningkatan positif dua hari berturut-turut.
Ketiga-tiga indeks utama melonjak didorong oleh perjanjian AS dan China untuk menghentikan perang perdagangan tarif selama 90 hari.
Indeks S&P 500 menaik 0.72%, Dow Jones jatuh 0.64% manakala Nasdaq berfokus kepada industri teknologi menokok 1.61%.
Setiausaha Perbendaharaan Scott Bessent dan Wakil Perdagangan AS Jamieson Greer mengadakan pertemuan dengan pegawai ekonomi tertinggi China bagi membahas isu tarif AS-China di Switzerland pada hujung minggu lalu.
Keputusan adalah positif dengan AS bersetuju mengurangkan tarif import China kepada 30% daripada 145%, manakala China pula akan menurunkan duti import AS daripada 125% kepada 10%.
Rundingan ini kembali menghidupkan semula selera pelabur untuk meneruskan aktiviti saham, mata wang kripto dan komoditi.
Presiden AS Donald Trump telah memulakan lawatan ke Arab Saudi kelmarin dengan mengumumkan bahawa AS akan menarik sekatan lama ke atas Syria dan memperoleh komitmen $600 bilion daripada kuasa minyak Arab Saudi untuk melabur di AS.
Kerajaan AS juga bersetuju untuk menjual pakej bekalan senjata kepada Arab Saudi bernilai $142 bilion sebagai “perjanjian kerjasama pertahanan.”
Trump dan Putera Mahkota Saudi, Putera Mohammed bin Salman bersetuju menandatangani perjanjian meliputi tenaga, perlombongan dan pertahanan.
Kesepakatan itu meliputi lebih sedozen syarikat pertahanan AS bagi kawasan pertahanan udara dan peluru berpandu, angkasa lepas, tentera udara, komunikasi dan keselamatan maritim.
Agenda Trump bekerjasama dengan negara itu sebagai usaha memperbaiki hubungan serantau dengan Israel dan bertindak sebagai benteng terhadap Iran.
Namun, tindakan Trump tidak melawat Israel menimbulkan persoalan selepas Trump mendesak Perdana Menteri Israel, Benjamin Netanyahu supaya bersetuju dengan perjanjian gencatan senjata baharu dalam perang Gaza selama tempoh 19 bulan.
Trump turut menggelar Iran sebagai “kuasa paling pemusnah’ di Timur Tengah dan beliau memberi amaran bahawa AS tidak akan sekali-kali membenarkannya mendapatkan senjata nuklear.
Secara ringkas, pelabur gembira dengan rundingan damai antara AS-Republik China selama 90 hari selepas situasi semakin buruk antara dua kuasa dunia itu.
Untuk fahami lebih mendalam situasi pergerakan pasaran saham global dan faktor-faktor yang mempengaruhinya, jom sertai komuniti HUSTLE24HOUR Familia dengan ahli-ahli aktif mengadakan perbincangan setiap hari. KLIK LINK UNTUK SERTAI!