Pasaran saham Amerika Syarikat (AS) dilihat masih kukuh apabila mencatatkan kenaikan pada Khamis setelah dipengaruhi oleh kenaikan saham NVIDIA naik 5.2% yang mendorong keyakinan pelabur terhadap saham teknologi terutamanya berkaitan dengan kecerdasan buatan (AI).
Peningkatan saham NVIDIA juga melegakan pelabur setelah isu DeepSeek yang menyebabkan saham teknologi AS merudum sebelum ini.
Sentimen pasaran juga dilihat positif didorong oleh laporan pendapatan positif dan data ekonomi yang kukuh.
Kebimbangan mengenai tarif juga mereda seketika kerana AS dan rakan perdagangannya berhati-hati dan mengelak daripada mengambil keputusan terburu-buru.
Pada Rabu majoriti indeks berjaya mencatatkan kenaikan namun yang paling ketara ialah Dow Jones dengan peningkatan 0.71% manakala Nasdaq dan S&P 500 masing-masing dengan 0.19% dan 0.39%.
Pelabur kini memerhatikan laporan pendapatan Amazon yang akan datang dan tuntutan faedah pengangguran AS.