Ketika pelabur mula memberi perhatian terhadap data indeks harga pengguna Amerika Syarikat (AS) yang akan diterbitkan pada hari ini, saham AS dilihat meningkat.
Data indeks harga pengguna (CPI) AS menjadi tumpuan pelabur kerana data ini bakal memberi maklumat mengenai inflasi yang akan digunakan oleh Rizab persekutuan (Fed) untuk menentukan kadar faedah.
Pada Selasa, Dow Jones naik sebanyak 0.52%, S&P 500 meningkat 0.11% manakala Nasdaq jatuh 0.23%.
Hal tersebut adalah kesan daripada indeks harga pengeluar (PPI) yang lemah dan turut melemahkan dolar AS dan “Treasury yields”.
BlackRock, JPMorgan Chase, Citigroup, Goldman Sachs, dan Wells Fargo bakal mendedahkan prestasi suku keempat mereka.
Laporan pendapatan daripada syarikat-syarikat tersebut memberi petunjuk tentang kesihatan sektor kewangan dan ekonomi yang lebih luas.
Tujuh daripada 11 sektor dalam S&P 500 ditutup dalam keadaan ‘profit’ semalam, dengan Utiliti, kewangan dan bahan menunjukkan prestasi yang baik, manakala stok teknologi dan penjagaan kesihatan ketinggalan.