Pasaran Wall Street dilihat tenang menjelang laporan yang akan dikeluarkan oleh Rizab Persekutuan (Fed) pada awal pagi Khamis ini dengan rata-rata pelabur akan menantikan ‘update’ mengenai unjuran kadar faedah, prospek ekonomi, inflasi dan pengangguran.
Pelabur menjangkakan bank pusat akan mengekalkan kadar faedah tidak berubah di paras 4.50% dan kenyataan susulan yang bakal disampaikan oleh Pengerushi Fed Jerome Powell akan beri kesan pada hala tuju pasaran.
Berbeza dengan Selasa semalam, indeks-indeks utama dilihat alami kejatuhan dengan Nasdaq hilang 1.71%, S&P500 jatuh sebanyak 1.07% manakala Dow pula rugi sebanyak 0.62%.
Saham syarikat-syarikat besar juga dilihat berada dalam keadaan kerugian apabila Nvidia catat kehilangan sebanyak 3.4%, saham Broadcom hilang 3%, Palantir jatuh sebanyak 4% manakala Netflix hilang 2.1%.
Jangkaan sasaran harga yang rendah bagi Tesla oleh RBC Capital Market menyebabkan Tesla hilang sebanyak 5.3% sahamnya.