PepsiCo, syarikat makanan kedua terbesar di dunia berdepan dengan satu realiti pahit apabila jualan syarikat tersebut terus merosot.
Selepas mengambil ikhtiar untuk menutup beberapa kilang sebelum ini, gergasi makanan ringan itu sekali lagi mengambil langkah drastik untuk menutup kilang Frito-Lay di Liberty, New York.
Hasilnya?
287 orang pekerja bakal kehilangan kerja menjelang musim panas ini.
PepsiCo sebelum ini cuba menarik minat pembeli dengan menghasilkan snek yang sihat seperti PopCorners, namun usaha ini tidak cukup untuk menahan kejatuhan tersebut.
PepsiCo menyatakan bahawa pertumbuhan syarikat tidak cukup pantas untuk menampung kos operasi, ditambah pula dengan kejatuhan jualan Frito-Lay Amerika Utara sebanyak 11% dalam suku keempat 2024, yang memaksa syarikat mengambil tindakan drastik.
Lebih mengejutkan, PepsiCo juga merancang untuk memisahkan unit minuman dan makanan ringan di pasaran antarabangsa, sementara di Amerika Utara pula akan lebih memfokuskan kepada kecekapan.
Namun, adakah langkah ini cukup untuk menyelamatkan empayar mereka?