Siapa sangka, kemenangan Donald Trump dalam Pilihan Raya Presiden Amerika Syarikat pada 6 November 2024 bukan sahaja mengubah lanskap politik, tetapi turut mengubah nasib para bilionair dunia, yang semakin kaya tanpa perlu berpeluh!
Kemenangan Trump seakan memberi ‘golden ticket’ kepada orang-orang kaya, yang kini menikmati keuntungan luar biasa.
Dari Elon Musk yang mungkin sudah mula membeli planet Mars, hingga Jeff Bezos yang mungkin dah cari cara nak cetak duit di luar angkasa, inilah 8 individu yang dapat ‘durian runtuh’ selepas Trump kembali ke White House.
- Elon Musk
Penyokong tegar Donald Trump, Elon Musk, mengukuhkan kedudukannya sebagai orang paling kaya dengan kekayaan melonjak $26.5 bilion, menjadikannya $290 bilion.
Sebagai CEO bagi Tesla dan SpaceX, Musk turut dilaporkan menerima tawaran jawatan dalam kerajaan AS sebagai penghargaan atas sokongan beliau.
- Jeff Bezos
Bezos mungkin tidak ambil peduli tentang pilihan raya, tetapi selepas Trump menang, hartanya meningkat sebanyak $7.14 bilion, menjadikan nilai hartanya $228 bilion.
Ini kerana Bezos mendapat manfaat daripada lonjakan pasaran yang positif selepas kemenangan Trump, terutamanya keyakinan terhadap sektor e-dagang.
- Larry Ellison
Larry Ellison, pengasas Oracle, melihat lonjakan $10 bilion dalam kekayaannya, menjadikannya $193 bilion.
Sebagai peminat setia Trump, Ellison mendapat manfaat besar daripada dorongan ditambah keyakinan pelabur terhadap prestasi Oracle dalam pasaran ‘cloud computering’.
- Bill Gates
Gates, walaupun banyak mengata Trump, tetap mendapat keuntungan dengan $1.82 bilion yang bertambah, menjadikan kekayaannya $159 bilion.
Dunia perisian dan teknologi nampaknya tetap memberi keuntungan tanpa henti, dan Gates terus berada di puncak!
- Larry Page
Larry Page, pengasas Google, melihat keuntungan $5.53 bilion, menjadikan kekayaannya $158 bilion.
Page mendapat manfaat daripada perkembangan teknologi yang pesat, dengan pasaran yang kukuh terhadap pelaburannya dalam sektor ini.
- Sergey Brin
Sergey Brin sebagai partner Page turut menikmati lonjakan $5.17 bilion, menjadikannya $149 bilion.
Keuntungan teknologi AI dan dominasi Google dalam sektor iklan digital seakan tak terjejas dengan perubahan politik.
- Warren Buffett
Walaupun Warren Buffett tidak secara terbuka menyokong mana-mana calon, pasaran memberi beliau ‘hadiah’ $7.58 bilion selepas Trump menang.
Pelaburannya dalam syarikat besar seperti Apple dan Coca-Cola terus memberi pulangan yang menguntungkan
- Steve Ballmer
Steve Ballmer, yang sudah lama meninggalkan Microsoft, tetap mendapat ‘durian runtuh’ selepas kemenangan Trump dengan tambahan $2.81 bilion.
Saham Los Angeles Clippers dan sektor teknologi membantunya menambah harta tanpa henti.
Ada orang yang sudah tak terlibat dengan syarikat asal, tapi masih hidup lebih mewah daripada CEO sekarang!
Walaupun ramai yang merungut tentang ketidakseimbangan ekonomi, kemenangan Trump seolah-olah memberikan peluang untuk golongan kaya menambah ‘kerja gaji’ mereka dalam jumlah bilion.
Para jutawan ini bukan hanya melihat krisis sebagai halangan, tetapi seakan mencabar pasaran untuk memberi lebih!