“Mana tahu mungkin BTC nak buat pergerakan mendatar dulu sebelum naik lagi.”
Susulan seluruh pasaran mata wang kripto termasuk Bitcoin (BTC) melihat pendakian ketara semasa krisis perbankan pada bulan lalu, Q1 2023 untuk aset digital tersebut berakhir dengan kenaikan harga hampir 70%.
Memang tidak dinafikan bahawa prestasi BTC pada tahun 2023 sangat memberangsangkan walaupun kawal selia Amerika Syarikat (AS) sentiasa bertindak agresif terhadap pasaran kripto dan penutupan beberapa bank mesra aset digital.
Pun begitu, BTC mungkin menyaksikan pergerakan volatile pada bulan April kerana liquidity aset digital itu pada tempoh ini sudah kering dengan ketara, ulas syarikat analitik blockchain Kaiko.
Menurut Mark Connors, ketua penyelidikan di firma pengurusan aset digital 3iQ pula berpendapat para pelabur runcit akan tetap optimis terhadap BTC walaupun volum dagangan serta liquidity aset digital itu kering.
Secara konteks, volum dagangan spot BTC di syarikat exchanger kripto Binance menjelang akhir Mac melebihi $6 bilion dengan 65 juta pengguna manakala Coinbase $1.3 bilion dan penggunanya sekitar 33 juta.
Dilaporkan bahawa sejumlah besar BTC baru-baru ini telah berpindah ke luar syarikat exchanger kripto, di mana hampir 46,000 aset digital tersebut meninggalkan bursa sejak 10 hari lalu.
Sehingga berita ini ditulis, harga BTC mencatatkan lonjakan sebanyak 0.49% pada paras $27,857 dalam tempoh 24 jam terakhir dengan modal pasaran $538 bilion dan peningkatan sekitar 3.05% sepanjang minggu lepas.