Logam kuning emas kembali mencatat kenaikan selepas US dolar berundur semula daripada keuntungan yang dicatatkan pada dagangan awal minggu.
Pada sesi Asia, harga emas diperdagangkan stabil pada sekitar harga $1,980 per auns, manakala niaga hadapan emas pula sedikit lebih tinggi pada $1,998 per auns.
Data terbaru yang dikeluarkan pada Isnin menunjukkan aktiviti pembuatan Amerika Syarikat menguncup ke paras terendah hampir tiga tahun pada bulan Mac.
Hal ini telah menambahkan lagi kebimbangan terhadap potensi kemelesetan ekonomi AS, sekali gus mendorong hasil perbendaharaan AS 10 tahun lebih rendah pada 3.42%.
US dolar pula turut terkesan, berundur lebih jauh daripada keuntungan yang dicatatkan pada awal pembukaan sesi Asia untuk didagangkan pada sekitar paras terendah 2 minggu berbanding pesaing utamanya.
Dengan nilai US dolar dan hasil bon AS yang lebih lemah, ia telah membantu meningkatkan daya tarikan terhadap emas.
Jom intai peluang-peluang yang disajikan oleh INTRADAY melalui program komuniti, pendaftaran akaun trading dan bermacam-macam lagi. Untuk info lanjut, KLIK DI SINI.