US dolar mengekalkan corak pengukuhan sehingga ke sesi terakhir dagangan pada minggu lepas menunjukkan pemulihan semula selepas melemah ketika Federal Reserve (Fed) melaksanakan pemotongan kadar faedah yang agresif pada September lalu.
Susulan Iran yang melancarkan serangan ke atas Israel dan meningkatkan ketegangan di Timur Tengah, US dolar sebagai mata wang safe-haven mula pamerkan pengukuhan semula yang mendapat kelebihan dalam suasana pasaran yang berisiko.
Sesi New York pada Jumaat pula, pasaran meneliti laporan pekerjaan NFP Amerika Syarikat (AS) untuk bulan September yang hadir dengan bacaan kukuh.
Ini telah menyokong US dolar untuk mengukuh ke paras tertinggi 7 minggu berbanding Euro dengan tumpuan pasaran minggu ini adalah kepada laporan inflasi AS pula.
Meneliti pergerakan harga pada carta pasangan mata wang EUR/USD pada minggu lalu, harga pamerkan pengunduran dari paras ketinggian 1.12000 sehingga menembusi zon support 1.1000 di penutup minggu.
Ketika reaksi data NFP diterbitkan, harga junam sekitar 70 pips mencecah paras 1.09500 untuk catatan terendah harga 7 minggu.
Pergerakan harga perlahan menyambung dagangan pembukaan sesi Asia di awal minggu ini sekitar 1.09700 dengan mengekalkan isyarat bearish harga yang berada di bawah garisan halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam di carta tersebut.
US dolar yang dijangka mengekalkan momentum positifnya itu meningkat kecenderungan untuk harga melanjutkan penurunan lebih rendah lagi untuk beberapa sesi terawal.
Jangkaan penurunan harga adalah untuk menuju zon tumpuan pada 1.09000 sebelum sasaran beralih ke support 1.08000 bagi rekod terendah terbaru.
Sementara untuk jangkaan bagi kenaikan harga pula, rintangan pada 1.10000 perlu dilepasi dahulu begitu juga halangan MA50 sebelum memberi isyarat perubahan trend semula.
Kenaikan lanjut yang berjaya harga teruskan berkemungkinan mampu menuju semula zon tumpuan sebelum ini pada 1.11000.
Lihat gambar carta harga pasangan EUR/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.
The chart displayed above uses the Saracen Market platform. Redeem a $5.00 no deposit bonus if you sign up today CLICK HERE – SIGN UP AND REDEEM NOW