[Artikel Tajaan]
Dolar Terus Lemah, Atau Hanya Sementara?
Menjelang data NFP penting yang dijadualkan terbit pada Jumaat, dolar AS telah mengalami penurunan. Ini menyebabkan matawang utama yang lain seperti GBP, EUR, dan AUD menaik.
Walau bagaimanapun, kami melihat bahawa penurunan ini mungkin hanya bersifat sementara. Penurunan nilai dolar bersamaan dengan penurunan hasil Perbendaharaan, sekaligus mengurangkan permintaan terhadap mata wang tersebut.
Pasaran kini dilihat sedang menunggu data NFP dan data pasaran buruh lain yang bakal dikeluarkan hari ini.
Jika angka-angka ini membawa kejutan positif sekali lagi, besar kemungkinan kedua-dua dolar AS dan bon perbendaharaan 10 tahun akan menguji tahap tertinggi mereka yang dicapai baru-baru ini.
Petunjuk Data Pekerjaan September
Ahli ekonomi menjangkakan bahawa majikan di AS akan melaporkan penambahan kira-kira 170,000 pekerja pada bulan September, penurunan daripada 187,000 yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
Ramalan ini memberi petunjuk tentang kemungkinan kelembapan pertumbuhan ekonomi AS, yang boleh membawa kepada penurunan hasil bon dan mungkin membataskan keuntungan lanjut bagi dolar AS.
Data lengkap dijadualkan untuk diumumkan pada hari ini.
Dolar Bakal Dominasi Hingga Penghujung Tahun Sebelum Perubahan Dinamik FED pada 2024
Dolar Amerika Syarikat (AS) dijangka menunjukkan prestasi yang kukuh berbanding majoriti mata wang utama lain dan berupaya terus melonjak menjelang penutupan tahun ini. Penganalisa meramalkan prestasi ini didorong oleh prestasi ekonomi Amerika Syarikat yang lebih cemerlang.
Walau bagaimanapun, pada tahun 2024, bank-bank pusat, yang diketuai oleh Federal Reserve, dijangka untuk beralih ke arah pemotongan kadar faedah. Penyesuaian yang dijangka ini boleh menjadi isyarat permulaan penjualan besar-besaran dolar yang signifikan.
Log In/Register Saracen Markets Account And Get Access To MARKET OUTLOOK Document Which Is A Reference For Institutions And Professional Traders. Log In Now – CLICK HERE