10 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (11-15 Mac 2019)

853

Berikut adalah sebahagian daripada data ekonomi yang bakal menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Jualan Runcit di Amerika Syarikat (Isnin 8.30 Malam): Data yang dikeluarkan adalah bacaan untuk bulan Januari berikutan isu penutupan kerajaan AS yang menyebabkan kelewatan. Bacaan jualan sebelum ini mencatatkan kejatuhan yang teruk menyebabkan matawang dolar AS didagangkan merosot sejurus data dikeluarkan. Bacaan data jualan runcit dan jualan runcit teras kali ini dijangka positif berbanding sebelumnya.

Data GDP UK (Selasa 5.30 Petang): UK akan mengeluarkan laporan GDP untuk Januari, bulan pertama untuk tahun ini. Bacaan data dijangka akan meningkat kepada 0.2% berbanding kemerosotan angka bacaan pada -0.4% untuk Disember lalu dan juga pertumbuhan yang mengecewakan pada suku tahun keempat tahun lalu.

Data Inflasi AS (Selasa 8.30 Malam): Data indeks harga pengguna di Amerika Syarikat pada Januari lalu mencatatkan bacaan yang positif dan jangkaan kadar inflasi kali ini turut meningkat sementara kadar inflasi teras diramalkan kekal di paras 0.2%. Sebarang perubahan pada bacaan data bakal mempengaruhi ‘kesabaran’ bank pusat sebelum ini terhadap langkah kenaikan kadar faedah.

Data Pengeluaran Perindustrian di Eropah (Rabu 6.00 Petang): Data bacaan untuk bulan Januari dijangka bakal meningkat ke paras 1.0% berbanding penurunan -0.9% pada bacaan sebelumnya.

Data Indeks Harga Pengeluar AS (Rabu 8.30 Malam): Data bacaan Februari dijangka mencatatkan peningkatan kepada 0.2% berbanding bacaan -0.1% pada bulan sebelumnya. Data ini juga turut menjadi petunjuk terhadap jangkaan kadar inflasi.

Data Pengeluaran Perindustrian China (Khamis 10.00 Pagi): Hasil pengeluaran industri di China pada Januari mencatatkan peningkatan 5.7%, namun bacaan pada kali ini dijangka sedikit menurun kepada 5.5%. Data ini turut terkesan ekoran penurunan pada unjuran pertumbuhan GDP China.

Data Indeks Perkilangan PMI New Zealand (Jumaat 5.30 Pagi): Jangkaan data adalah lemah berikutan aktiviti sektor perkilangan di New Zeland yang bergerak perlahan.

Penetapan Kadar Faedah oleh BOJ di Jepun (Jumaat): Bank pusat Jepun dijangka akan terus mengekalkan kadar faedah di paras -0.10 dan juga kekal dengan dasar monteri yang longgar. Gabenor Kuroda sebelum ini ada menyatakan belum tiba masa untuk bank pusat keluar daripada dasar monetari yang longgar tersebut.

Data Inflasi Zon Eropah (Jumaat 6.00 Petang): Data indeks harga pengguna akhir di zon Eropah dijangka kekal di paras 1.5% sementara kadar inflasi teras turut kekal di paras 1.0%.

Sentimen Keyakinan Pengguna AS (Jumaat 10.00 Malam): Sentimen keyakinan pengguna di Amerika Syarikat hasil tinjauan Universiti Michigan dijangka mencatatkan angka yang meningkat berbanding bacaan sebelum ini. Ekonomi terus dilihat optimis berikutan peningkatan pada saham Dow.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat