104 CryptoPunks Tidak Jadi Dilelong, Pemiliknya Tiba-Tiba Tarik Diri!

568

Koleksi non-fungible token (NFT) terkenal, CryptoPunks tiba-tiba dikhabarkan tidak jadi untuk dilelongkan di Sotheby’s.

Difahamkan koleksi tersebut, dinamakan ‘Punk It!’ merupakan satu lot yang mengandungi 104 CryptoPunks milik pengumpul – 0X650d.

Pada awalnya, koleksi tersebut dijadualkan untuk dijual pada 8 Februari pada tanda harga $30 juta (RM125.7 juta).

Tetapi entah bagaimana, pemilik asal koleksi tersebut membuat keputusan untuk HODL.

Sebagai rekod, 0X650d mendapatkan koleksi ini pada Julai 2021. Pada ketika itu harganya cuma $7 juta dalam satu transaksi.

Manakala sejak CryptoPunks dilancarkan pada 2017, Larva Labs telah menghasilkan keuntungan sehingga 683,000 ETH (RM6,950,205,598.47) .

Jika 0X650d meneruskan sahaja lelongan tersebut, ini merupakan kali kedua Sotheby’s laksanakan bidaan terhadap seni digital NFT selepas 101 Bored Apes Yacht Club terjual pada September 2021.

Belajar lebih mendalam tentang NFT bersama Team INTRADAY.my, jom sertai group telegram INTRADAY.NFTKlik di sini untuk sertai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat