11 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (1-5 April 2019)

1,158

Berikut adalah sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang miggu ini.

Data Perkilangan PMI di UK (Isnin 4.30 Petang): Bacaan data bakal menurun untuk bulan Mac kepada 51.2 mata asas berbanding 52.0 pada bacaan bulan sebelumnya.

Data Inflasi di Zon Eropah (Isnin 5.00 Petang): Bacaan inflasi semasa masih lemah dengan indeks harga pengguna dicatatkan sekitar paras 1.5% berbanding sasaran 2% oleh bank pusat. Jangkaan bacaan data kali ini masih kekal di paras 1.5% tersebut.

Data Jualan Runcit di Amerika Syarikat (Isnin 8.30 Malam): Kadar perbelanjaan di AS amat kritikal kepada ekonomi. Jangkaan penurunan pada bacaan data kali ini turut akan memberi kesan terhadap dagangan USD minggu ini.

Data Perkilangan PMI Tinjaun ISM (Isnin 10.00 Malam): Data ini akan memberikan petunjuk awal terhadap laporan data pekerjaan NFP. Pelabur menjangkakan bakal ada penurunan pada bacaan kali ini.

Penetapan Kadar Faedah di Australia (Selasa 11.30 Pagi): Reserve Bank of Australia (RBA) telah mengekalkan kadar faedah di paras yang sama sejak 2016 yang lalu. Keputusan pada mesyuarat kali ini berkemungkinan tidak terarah kepada penurunan kadar, namun faktor pertumbuhan ekonomi yang perlahan serta sektor perumahan bakal dititikberatkan.

Data Pesanan Barangan Tahan Lama AS (Selasa 8.30 Malam): Data ini akan diberi perhatian oleh Fed. Bacaan data mengalami kelewatan berikutan isu penutupan kerajaan sebelum ini. Pasaran menjangkakan bacaan data kali ini merosot berbanding bacaan sebelumnya.

Data Jualan Runcit di Australia (Rabu 8.30 Pagi): Data yang mengukur kadar perbelanjaan pengguna ini dijangka meningkat untuk bacaan bulan Februari dengan ramalan kenaikan kepada 0.3% berbanding 0.1% pada bacaan sebelumnya.

Laporan Data Pekerjaan ADP NFP (Rabu 8.15 Malam): Setelah mencatatkan kenaikan pada bacaan bulan-bulan sebelumnya, pertambahan pekerjaan dalam sektor swasta mula perlahan. Jangkaan pertambahan angka bacaan kali ini tidak jauh berbeza daripada bulan sebelumnya sekitar 184,000 pertambahan.

Minit Mesyuarat Bank Pusat Eropah (Khamis 7.30 Pagi): European Central Bank (ECB) bergerak lebih pantas daripada jangkaan pada mesyuarat Mac, dengan ramalan kenaikan kadar pada tahun 2020 dan memperkenalkan kempen pinjaman pada bank-bank.

Laporan Data Pekerjaan NFP AS (Jumaat 8.30 Malam): Laporan pekerjaan pada bulan Februari mengecewakan dengan pertambahan hanya sekitar 20,00 pekerjaan sahaja dicatatkan untuk ekonomi terbesar dunia itu. Namun, kadar pendapatan adalah positif. Bacaan kali ini pula berkemungkinan akan melihat peningkatan kembali pada pertambahan pekerjaan sementara kadar purata pendapatan dijangka sedikit menurun. Kadar pengangguran akan turut menjadi tumpuan dengan pasaran menjangkakan bacaan kekal tidak berubah.

Laporan Data Pekerjaan Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Turut dikeluarkan bersama laporan pekerjaan NFP AS dan jangkaan pertambahan pekerjaan di Kanada untuk bulan Mac adalah merosot. Namun, kadar pengangguran dijangka kekal tidak berubah di paras 5.8% seperti sebelumnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat