13 Berita Forex Penting Tumpuan Pasaran Minggu Ini (15-19 Julai 2019)

1,580

Berikut adalah sebahagian data-data ekonomi penting yang akan menjadi tumpuan pasaran sepanjang minggu ini.

Data Ekonomi China (Isnin 10.00 Pagi): Data utama yang menjadi tumpuan adalah pertumbuhan KDNK (GDP). Kadar pertumbuhan semakin menurun dengan kebimbangan terhadap perkembangan rundingan dagang AS-China yang masih belum jelas. Turut dikeluarkan bersama adalah data pengeluaran perindustrian, data jualan runcit dan juga kadar pengangguran di China.

Data Inflasi New Zealand (Selasa 6.45 Pagi): New Zealand menerbitkan data inflasi secara suku tahunan namun sering memberi impak yang besar dalam pasaran semasa. Kadar inflasi perlahan dengan catatan 0.1% untuk permulaan suku tahun ini dan dijangka melonjak kepada angka 0.6% untuk suku kedua.

Minit Mesyuarat Bank Pusat Australia (Selasa 9.30 Pagi): Reserve Bank of Australia (RBA) akan mengeluarkan minit mesyuarat Jun setelah kadar faedah diturunkan ke paras terendah dalam sejarah. Pelabur akan menilai sebarang perubahan dan maklumat dengan lebih terperinci untuk gambaran petunjuk pada polisi yang akan datang.

Laporan Data Pekerjaan UK (Selasa 4.30 Petang): Komponen penting pada laporan akan tertumpu pada indeks purata pendapatan dan juga kadar pengangguran di mana pasaran menjangkakan angka yang kekal seperti bacaan terdahulu.

Data Imbangan Dagangan Eropah (Selasa 5.00 Petang): Bacaan data berpotensi meningkat disokong oleh data imbangan dagangan di Jerman dan Perancis yang positif. Turut dikeluarkan bersama adalah data sentiment ekonomi Jerman tinjauan ZEW.

Data Jualan Runcit Amerika Syarikat (Selasa 8.30 Malam): Pengguna dilihat aktif pada bulan Mei dengan kenaikan pada kadar jualan dengan jualan teras turut meningkat. Kenaikan pada Jun berkemungkinan lebih sederhana berbanding pada bulan Mei.

Data Inflasi UK (Rabu 4.30 Petang): Indeks harga pengguna di Britain masih stabil di paras 0.2% menepati sasaran bank pusat. Bank pusat akan menyesuaikan tindakan berdasarkan perkembangan Brexit semasa.

Data Inflasi zon Eropah (Rabu 5.00 Petang): Bacaan akhir untuk inflasi di zon Eropah dijangka akan kekal di paras 1.2% sementara bacaan teras turut kekal di paras 1.1%. Bacaan turut disokong oleh data inflasi di Jerman dan Perancis yang meningkat.

Data Inflasi Kanada (Rabu 8.30 Malam): Pasaran menjangkakan kadar inflasi bakal merosot berdasarkan pada bacaan yang menurun pada komponen harga tinjauan IVEY PMI Kanada.

Laporan Data Pekerjaan Australia (Khamis 9.30 Pagi): Pasaran buruh dilihat berada di tahap yang baik namun bank pusat tidak senang dengan bacaan kadar pengangguran yang tinggi di paras 5.2%. Kadar pertambahan pekerjaan berkemungkinan terkesan oleh penurunan pada tinjauan perkilangan dan perkhidmatan di Australia.

Data Jualan Runcit UK (Khamis 4.30 Petang): Bacaan data masih berada pada kadar yang rendah untuk bulan Mei dan dijangka akan kekal rendah untuk bacaan bulan Jun berikutan penurunan pada data keyakinan pengguna di Britain.

Data Jualan Runcit Kanada (Jumaat 8.30 Malam): Pasaran melihat bacaan data yang bakal meningkat ekoran kenaikan yang ketara pada data jualan borong Kanada yang dikeluarkan pada penghujung bulan lalu.

Data Keyakinan Pengguna di Amerika Syarikat (Jumaat 10.00 Malam): Indikator sentimen penggunan di Amerika Syarikat yang ditinjau oleh Universiti Michigan berlegar di paras yang tinggi beberapa bulan, mencatatkan bacaan di paras 98.2 untuk bulan Jun. Bacaan awal untuk Julai dijangka mencatatkan bacaan di paras sekitarnya.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat