2 Data Ekonomi Utama Ini Curi Tumpuan Pelabur Pada Sesi Asia

290

Penerbitan data pekerjaan Australia memberi sokongan tambahan buat dolar Aussie selepas ia mendapat manfaat daripada peningkatan saham global, sementara keuntungan dolar kiwi pula terbatas susulan data ekonomi New Zealand yang mengecewakan.

Ekonomi Australia telah menambah sebanyak 60,600 pekerjaan pada bulan Mei, lebih banyak daripada jangkaan pasaran untuk pertambahan hanya 25,000.

Kadar pengangguran pula tidak berubah pada paras terendah 50 tahun pada 3.9%, sedikit tersasar daripada unjuran untuk menurun kepada 3.8%.

Angka yang dicatatkan ini menguatkan lagi keyakinan pasaran bahawa Reserve Bank of Australia (RBA) akan melaksanakan satu lagi kenaikan 50 mata asas pada bulan Julai untuk mencapai 1.35%.

Sementara itu di New Zealand, Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) dilaporkan menguncup 0.2% berbanding unjuran untuk berkembang sebanyak 0.6% dan menurun dari bacaan suku sebelumnya 3%.

Secara tahunan pula, ekonomi New Zealand hanya berkembang 1.2%, lebih perlahan daripada kenaikan 3.1% pada setahun yang lalu.

Ekonomi New Zealand terjejas pada suku pertama oleh penularan varian Omicron menyebabkan beberapa industri utama seperti pertanian, perhutanan dan perikanan terkesan.

Industri pengeluaran barangan juga mengalami sedikit penurunan, di mana eksport barangan dan perkhidmatan dilaporkan jatuh 14.3% suku ke suku.

Pada sesi Asia, dolar kiwi diniagakan mendatar pada sekitar harga 0.6300 manakala dolar Aussie pula pada 0.7000 berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat