2 Buah Negara Ini Yang Menyumbang Separuh Daripada Kes Harian Covid-19! Ini Ulasan WHO!

306

Amerika Syarikat dan Brazil merupakan antara negara yang paling tinggi menyumbang kepada peningkatan kes harian Covid-19 ketika negara-negara di diseluruh dunia untuk mengekang penularan wabak tersebut. A.S dan Brazil sekurang-kurangnya telah menyumbang separuh daripada bacaan data harian sebagaimana menurut Organisasi Kesihatan Sedunia.

A.S dan Brazil masing-masing melaporkan 111,319 kes Covid-19 baru pada hari Ahad, kira-kira separuh daripada semua kes baru yang dilaporkan di seluruh dunia. Kenyataan ini dikeluarkan oleh Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus semasa sidang media di ibu pejabat agensi tersebut di Geneva.

Lanjut beliau, di beberapa negara di seluruh dunia, WHO melihat peningkatan kes yang kritikal dalam kes Covid-19 dan bilik-bilik di hospital masih dipenuhi oleh pesakit-pesakit yang terkena jangkitan Covid-19.

Dalam masa yang sama, WHO juga mengeluarkan pandangan bahawa banyak negara akan terus terkesan sehingga mendatangkan kerugian kepada negara jika langkah-langkah yang telah terbukti berkesan tidak dilaksanakan.

Indeks US dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan rendah pada paras 96.338 setakat jam 11.30 p.m.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat