Bank Pusat Mexico menurunkan unjuran ekonomi bagi tahun 2017 di antara julat 1.3 hingga 2.3 peratus pada Rabu. Tindakan itu dilakukan bertitik tolak dari risiko ekonomi oleh polisi Donald Trump dan kritikan yang dilemparkan buat negara tersebut.
Dalam laporan suku tahunan mengenai inflasi, bank pusat berkenaan mengatakan bahawa dasar-dasar Trump akan mempengaruhi keyakinan pengguna dan perniagaan, pelaburan langsung asing dan aliran wang ke Mexico.
Menurut bank terbabit, jangkaan kemerosotan tertentu dalam aliran perdagangan di antara Mexico dan Amerika Syarikat menyebabkan bank tersebut menurunkan unjuran.
Bank tersebut juga menurunkan unjuran pada tahun 2018 kepada julat 1.7 hingga 2.7 peratus.
Ramalan inflasi pula dikekalkan pada sasaran 4 peratus bagi tahun 2017 sebelum menurun kepada 3 peratus pada akhir 2018.
Sementara itu, Peso telah mengukuh lebih 1.3 peratus selepas ucapan Trump kepada Kongres. Matawang ini telah kembali mengatur langkah selepas jatuh ke paras terendah dalam sejarah selepas pilihanraya Trump dan berada dalam dagangan perlahan sementara menanti rundingan semula NAFTA.
Logam Berharga Memulakan Dagangan yang Agak Suram Dalam Sesi Asia