Menurut satu tinjauan yang dijalankan oleh Reuters, pemulihan aktiviti eksport dan data pelaburan di Jepun diramal bakal mencatatkan lebihan akaun semasa untuk 29 kali berturut-turut bagi bulan November.
17 penganalisis meramalkan bahawa data tersebut akan mencatatkan lebihan dagangan sebanyak 1.5 trillion Yen ($12.94 Billion) pada bulan November.
Menurut Ketua Ekonomi di Dai-ichi Life Reasearch Insurance iaitu Yoshiki Shinke, kelemahan Yen sebelum ini telah meningkatkan permintaan barangan dari Jepun di luar negara. Justeru, data akaun semasa dijangka akan berada pada tahap kukuh buat masa ini.
Matawang Yen telah melemah dengan ketara berbanding US Dollar sebaik sahaja dasar Trump dijangka akan menggalakkan inflasi dan mendorong Fed untuk menaikkan kadar.
Pada Jumaat, Yen didagang meningkat sedikit berbanding matawang gergasi selepas menjunam kepada paras paling lemah sejak Februari lalu.
Kementerian Kewangan Jepun akan mengeluarkan data akaun semasa pada minggu depan.
PROMO!!
Dapatkan Segera Pakej MoshedFX Ultimate Trader Mastery – Klik Sini
Gunakan Kupon : NFP150
Jimat extra RM150 + Diskaun 40% = Total Jimat RM700 dari harga asal
Promo tamat 6 Jan 2017 tepat jam 11:59PM. Cepat!