Jika diperhatikan, harga USD/JPY gagal untuk breakout Key Support mingguan yang berada di sekitar harga 105.64 Jumaat lalu dan membentuk reversal candlestick pinbar bullish di timeframe daily. Kenaikan minggu ini hampir mencecah 130 pips dan secara teknikalnya, dijangkakan kenaikan ini adalah retracement/correction selagi ia tidak breakout 108.40.
Oleh itu, sekiranya ia masih tidak breakout 108.40, peluang yang boleh diperhatikan sebelum ia bearish adalah sekitar harga 107.80 – 108.10 iaitu Key Resistance Zone H1 yang berpotensi membentuk new LH bagi timeframe daily. Jika bearish, target terhampir adalah ke sekitar 107.10 atau ke support 106.80.
Walaubagaimanapun, sekiranya ia breakout USD/JPY berkemungkinan akan mulai mengorak langkah untuk bullish ke harga lebih tinggi pada minggu ini. Jadi, Key Resistance Zone ini penting untuk diperhatikan samaada ia akan dibreakout atau sebaliknya.
Anda nak trade ikut analisa kami tapi tak ada akaun forex? Dapatkan $50 Modal Free untuk trading – KLIK SINI