Bursa saham Asia dibuka sedikit stabil pada awal sesi perdagangan pada hari Jumaat setelah Presiden Donald Trump mengeluarkan kenyataan berkenaan US dolar.
Semalaman, indeks bursa Wall Street ditutup bercampur, namun indeks Dow Jones ditutup pada paras tertinggi berikutan pertimbangan pelabur berkenaan laporan keutungan syarikat.
Indeks S&P 500 juga ditutup kukuh dengan peningkatan sebanyak 0.06%. Walaubagaimanapun, indeks komposit Nasdaq ditutup jatuh 0.05%.
Di Asia, awal sesi perdagangan dibuka dengan pengukuhan indeks Nikkei, Jepun. Pengukuhan indeks Nikkei didorong oleh peningkatan saham Honda dan Toyota.
Indeks saham Korea Selatan, sedikit jatuh pada awal perdagangan setelah mencapai rekod tertinggi sebelumnya. Saham teknologi diperdagangkan bercampur.
Pada hari ini, bursa saham Australia dan India ditutup berikutan cuti.
Bursa Malaysia dibuka rendah pada hari ini berikutan aktiviti pengambilangan keuntungan terutama dalam saham kewangan.
Bank Negara Malaysia telah menaikkan kadar dasar semalaman sebanyak 0.25% kepada 3.25%.