Pasaran saham Asia terus meningkat pada hari Isnin daripada penutupan minggu lepas. Peningkatan saham ini didorong oleh peningkatan pendapatan syarikat dan pertumbuhan ekonomi dunia yang semakin kukuh.
Indeks MSCI, saham Asia Pasifik di luar Jepun, naik 0.19% pada awal sesi dagangan. Indeks MSCI mencatat bulan terbaik sejak Mac 2016, didorong oelh penguatan saham di Korea Selatan dan Australia pada pagi ini.
Indeks Nikkei Jepun, naik 0.2% walaupun sektor eksport baru kembali pulih. Sementara itu, indeks Topix naik sedikit sebanyak 0.07%.
Indeks Hong Kong, mencatat rekod indeks terbaik tahun ini dengan kenaikan hampir 11%. Indeks S&P/ASX 200 Australia dan indeks kospi Korea Selatan masing-masing naik 0.3% dan 0.6%.
Bursa Malaysia dibuka tinggi selari dengan pasaran serantau.