FUNDAMENTAL: DOVISH
- 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
- Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 20 Jun 2019.
- Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
- Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan beransur-ansur dan terhad ekoran kekhuatiran berterusan mengenai Brexit.
DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND
- Keluaran Dalam Negara Kasar di United Kingdom berkembang 1.8% pada suku pertama 2019, meningkat daripada 1.4% pada tempoh sebelumnya.
- Kadar pengangguran UK jatuh kepada 3.8% pada suku pertama 2019, paras terendah sejak Oktober hingga Disember 1974 dan sedikit di bawah jangkaan pasaran sebanyak 3.9%.
- Kadar inflasi tahunan United Kingdom meningkat kepada 2.1% pada April 2019 daripada 1.9% pada bulan sebelumnya tetapi di bawah jangkaan pasaran sebanyak 2.2%.
JANGKAAN: BEARISH GBP.
- Data pekerjaan UK menunjukkan pertumbuhan gaji untuk suku tahunan penghujung Mac lebih rendah berbanding jangkaan.
- Kadar inflasi di UK hadir di bawah jangkaan pasaran.
- Perdana Menteri Britain, Theresa May yang mengumumkan peletakan jawatan beliau pada Jun ini selepas gagal memecah kebuntuan terhadap sokongan kepada pelan Brexit beliau selama ini.
- Timbalan Gabenor Bank of England, Dave Ramsden menyatakan bahawa ekonomi Britain dijangka kurang daripada ramalan BoE pada awal bulan ini kerana ketidakpastian Brexit telah melemahkan pelaburan dan produktiviti.
- Pengeluaran perkilangan dijangka menurun ekoran kelemahan dalam tinjauan PMI perkilangan.