FUNDAMENTAL: DOVISH
- 9 orang ahli Bank of England mengundi untuk mengekalkan kadar faedah di UK pada 0.75%.
- Mesyuarat BOE seterusnya adalah pada 2 May 2019.
- Data ekonomi tumpuan Bank of England adalah GDP, CPI dan Unemployment.
- Bank of England mengatakan bahawa kenaikan kadar faedah akan beransur-ansur dan terhad ekoran kekhuatiran berterusan mengenai Brexit.
- Para penggubal dasar menyatakan kelembapan dalam KDNK global dan pertumbuhan perdagangan.
DATA EKONOMI TUMPUAN BANK OF ENGLAND
- Keluaran dalam negara kasar di United Kingdom berkembang 1.4% tahun ke tahun pada suku keempat 2018, berbanding angka sebelumnya sebanyak 1.6%.
- Kadar pengangguran UK menurun kepada 3.9% dalam suku tahun keempat 2018, terendah sejak November 1974 dan di bawah jangkaan pasaran 4%.
- Kadar inflasi tahunan di UK meningkat kepada 1.9% pada Februari 2019 daripada 1.8% pada bulan sebelumnya dan melebihi jangkaan pasaran pada 1.8%.
JANGKAAN: BULLISH GBP.
- Kesatuan Eropah bersetuju untuk menangguhkan tarikh pengunduran Britain sehingga 31 Oktober 2019 yang pada mulanya dimohon untuk tempoh penangguhan yang lebih pendek pada 30 Jun oleh Perdana Menteri Theresa May.
- Data pekerjaan UK hari ini dijangka positif atas faktor kenaikan dalam indeks PMI.