FUNDAMENTAL: DOVISH
- Bank pusat U.S. iaitu Federal Reserve mengekalkan kadar faedahnya pada 2.50% dengan nada yang dovish.
- Mesyuarat FOMC seterusnya adalah pada 2 Mei 2019.
- Data ekonomi tumpuan bank pusat FED adalah CPI (Inflasi), Unemployment (pengangguran) dan GDP (pertumbuhan ekonomi).
- FED mengekalkan kadar faedahnya pada mesyuarat kali ini dan mengumumkan bahawa tidak akan menaikkan kadar faedah pada tahun ini, turun daripada 2 jangkaan kenaikan untuk tahun ini.
DATA EKONOMI TUMPUAN FEDERAL RESERVE
- Kadar pengangguran A.S. mencapai 3.8% pada bulan Mac 2019, tidak berubah dari angka sebelumnya dan selaras dengan jangkaan pasaran.
- Ekonomi AS mencatatkan pertumbuhan hanya 2.2% pada suku tahun keempat 2018, jauh di bawah 2.6% sebelumnya.
- Kadar inflasi tahunan AS meningkat kepada 1.9% pada bulan Mac 2019 daripada paras terendah dua tahun dan setengah sebanyak 1.5% pada bulan sebelumnya, sedikit melebihi konsensus pasaran sebanyak 1.8%.
JANGKAAN: BEARISH USD.
- Purata pendapatan Amerika Syarikat meningkat pada kadar yang lebih perlahan daripada jangkaan pasaran, menyokong keputusan Federal Reserve untuk melanjutkan tempoh kenaikan kadar faedah di A.S.
- Data pesanan baru untuk barangan perkilangan yang dibuat di Amerika Syarikat jatuh.
- Minit mesyuarat FOMC bernada dovish.
- Keluaran industri AS turun.