Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.
Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengeluarkan laporan pada minggu ini menyebut, bajet defisit untuk tahun ini sudah melebihi angka pada tahun lepas. Jurang itu meningkat kepada $866.8 bilion untuk 10 bulan dalam fiskal tahunan, naik 27% daripada tempoh yang sama tahun lalu.
Fiskal tahunan yang bermula 1 Oktober mencatatkan hasil sebanyak 3%, namun belum cukup untuk menampung perbelanjaan yang naik sebanyak 8%. Tarif yang diperkenalkan oleh Trump berjaya membantu meningkatkan duti kastam hampir dua kali ganda kepada $57 bilion.
Bajet defisit tahunan dijangka melebihi $1 trilion bermula tahun 2022 menurut Pejabat Bajet Kongres. Pihak yang bebas dari mana-mana parti itu dijadualkan akan mengemaskini unjuran yang dibuat terhadap ekonomi dan bajet untuk 10 tahun akan datang.
Untuk bulan Julai sahaja bajet defisit berada sekitar $119.7 bilion, lebih tinggi jika dibandingkan dengan bulan yang sama tahun lalu pada nilai $76.9 bilion. Ini kerana kerajaan membelanjakan $53 bilion untuk program ketenteraan dan $66 bilion untuk biayai kos perubatan.
Perbankan pelaburan dari Switzerland, Credit Suisse menjangkakan Jabatan Perbendaharaan akan menerbitkan $800 bilion dalam bentuk hutang sebelum penghujung tahun ini bagi menambah baki tunai sebanyak $200 bilion, atau menggandakan nilai $167 bilion yang dimiliki ketika ini.
Punca utama kenaikan dalam jumlah hutang adalah kerana undang-undang yang dibuat oleh Trump sendiri mengenai penurunan kadar cukai. Keputusan itu menyaksikan hutang meningkat kepada $1.8 trilion.


























































