Presiden Amerika Syarikat (AS) Donald Trump sekali lagi menyeru penglibatan campur tangan asing dengan secara terbuka menggesa China untuk menjalankan siasatan ke atas pesaing politiknya Joe Biden walaupun beliau masih di bawah siasatan kerana menggunakan kuasanya untuk kepentingan politik.
Trump berkata bahawa kedua-dua negara China dan Ukraine perlu memerhatikan Biden dan anaknya Hunter malah dengan cara itu juga, China harus memulakan siasatan ke atas Biden kerana apa yang terjadi di China hampir sama dengan apa yang berlaku dengan Ukraine.
Beliau juga turut menyifatkan bahawa siasatan yang sedang dijalankan ke atasnya dan cubaan kongres untuk memecatnya adalah ‘omong kosong’.
Bagaimanapun, menurut pakar ekonomi China, negara itu mungkin mengabaikan gesaan tersebut kerana berpegang kepada peraturan negara untuk tidak masuk campur dalam urusan politik negara lain dan menganggap AS boleh menyelesaikannya sendiri.
White House telah memulakan siasatan ke atas tindakan Trump yang menyalahgunakan kuasanya dengan menekan Ukraine untuk menjalankan siasatan dengan cubaan memburuk-burukkan Biden yang merupakan calon utama parti tersebut dalam Pilihan Raya Presiden 2020.
Trump dan peguamnya, Rudy Giuliani menuduh Biden membantu perniagaan anaknya di Ukraine dan China. Bagaimanapun, mereka tidak memberikan bukti khusus untuk menyokong dakwaan tersebut.
Ketidakpastian dalam politik ini turut memburukkan lagi sentimen pasaran yang dikecewakan oleh data-data ekonomi yang lemah.