Pasaran yang masih berada dalam mod bercuti sempena perayaan Krismas menyaksikan pergerakan harga kekal perlahan pada minggu ini.
Sesi Asia pagi ini hanya mempamerkan pergerakan matawang Yen yang bergerak lemah berbanding matawang utama yang lain khususnya US dolar susulan faktor sentimen risk-on pasaran. Dengan ketiadaan berita ekonomi utama, sentimen perjanjian dagang Amerika Syarikat China menjadi penggerak pasaran.
Pada Selasa lalu, Presiden Amerika Syarikat Donald Trump menyatakan bahawa perjanjian perdagangan bersama China akan ditandatangani pada bulan ini dalam satu masjlis rasmi yang akan diadakan.
Ini telah mengurangkan risiko kebimbangan pelabur sebelum ini dan membuatkan matawang berpulangan tinggi seperti Aussie dan Kiwi kekal diniagakan tinggi sementara safe-haven Yen didagangkan lemah.
Melihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang USD/JPY, harga menunjukkan kenaikan pada sesi Asia hari ini ke paras tertinggi mingguan sekitar 109.570 sedikit melepasi paras tumpuan 109.500 yang merupakan zon SBR (support become resistance).
Kenaikan harga tersebut melihatkan harga telah naik lebih tinggi dari garisan sokongan Moving Average 50 (MA50) setelah pergerakan mendatar harga sejak awal minggu.
Kenaikan harga dilihat bakal menuju paras resistance pada 109.700 di mana paras ketinggian yang dicapai beberapa minggu sebelum ini adalah paras tertinggi sejak dagangan penghujung Mei lalu.
Harga yang berjaya bergerak lebih tinggi melepasi zon resistance tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru pada carta USD/JPY.
Namun jika harga kembali membuat penurunan semula, kawasan tumpuan yang dilihat akan menjadi destinasi penurunan awal harga adalah sekitar zon RBS (resistance become support) 109.200.
Zon RBS lebih rendah di paras tumpuan 109.000 bakal menjadi paras tumpuan pada penurunan seterusnya jika US dolar berjaya mengukuh berbanding Yen.
Lihat gambar carta pasangan matawang USD/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.