• Latest
  • Trending
  • All
  • Tips Matawang
  • Isu Semasa
  • Artikel Umum
  • Kripto
  • Analisa Tajaan
  • Saham
Esok Cuti Umum, Bagaimana Pasaran Saham Hari Ini?

Esok Cuti Umum, Bagaimana Pasaran Saham Hari Ini?

15 September 2020
Trump Mahu Tentukan Pemimpin Baru Iran!

Trump Mahu Tentukan Pemimpin Baru Iran!

6 March 2026
Ringgit Sedikit Lemah, Konflik Asia Barat Pacu Lonjakan USD

Ringgit Sedikit Lemah, Konflik Asia Barat Pacu Lonjakan USD

6 March 2026
XRP Dijangka Meletup Sehingga $15 Pada Gelombang Kedua!

XRP Dijangka Meletup Sehingga $15 Pada Gelombang Kedua!

6 March 2026
Sekatan Selat Hormuz – Minyak Rusia Kembali Laris Dalam Pasaran!

Sekatan Selat Hormuz – Minyak Rusia Kembali Laris Dalam Pasaran!

6 March 2026
Saham Global Jatuh Semula, Harga Minyak Melonjak Tinggi!

Saham Global Jatuh Semula, Harga Minyak Melonjak Tinggi!

6 March 2026
Stablecoin Masuk $1.7 Bilion Walau Perdebatan Yield AS Berlanjutan?

Stablecoin Masuk $1.7 Bilion Walau Perdebatan Yield AS Berlanjutan?

6 March 2026
Emas Merosot Jauh Dari Puncak Harga, Mod ‘Risk-Off’ Terus Dominasi

‘Bearish’ Emas Semakin Mengecewakan, Susut Bawah $5,100

6 March 2026
Data Pekerjaan Penting Untuk The Fed: Goldman Sachs Keluarkan Unjuran!

Tuntutan Kerja Tak Berubah, Majikan AS Mula ‘Simpan’ Pekerja!

5 March 2026
Bitcoin Melonjak Lagi, Akhirnya Cecah Paras Harga $16,000!

Dominasi Bitcoin Naik Ke 57.4%: Raja Kripto Masih Belum Tergugat?

5 March 2026
Inflasi Zon Eropah Terjun ke Rekod Terendah: Adakah ECB Akan Kurangkan Kadar Faedah?

Ramalan Meleset! ECB Terpaksa Ubah Strategi Rentetan Perang Timur Tengah

5 March 2026
Pusat Data Amazon Jadi Sasaran Iran, Apa Kes Ni?

Pusat Data Amazon Jadi Sasaran Iran, Apa Kes Ni?

5 March 2026
Hakim Arah Kesemua Kutipan Tarif Trump Dipulangkan Semula!

Hakim Arah Kesemua Kutipan Tarif Trump Dipulangkan Semula!

5 March 2026
  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us
Friday, 6 March 2026
INTRADAY.my
  • Pasaran
    • All
    • Analisa Tajaan
    • Berita Ekonomi
    • Harga Emas
    Emas Merosot Jauh Dari Puncak Harga, Mod ‘Risk-Off’ Terus Dominasi

    ‘Bearish’ Emas Semakin Mengecewakan, Susut Bawah $5,100

    Data Pekerjaan Penting Untuk The Fed: Goldman Sachs Keluarkan Unjuran!

    Tuntutan Kerja Tak Berubah, Majikan AS Mula ‘Simpan’ Pekerja!

    Inflasi Zon Eropah Terjun ke Rekod Terendah: Adakah ECB Akan Kurangkan Kadar Faedah?

    Ramalan Meleset! ECB Terpaksa Ubah Strategi Rentetan Perang Timur Tengah

    Harga Minyak Brent Q2 Diunjurkan Naik Kepada $76 Setong – Goldman Sachs

    Harga Minyak Brent Q2 Diunjurkan Naik Kepada $76 Setong – Goldman Sachs

    Emas Raih ‘Booster’ Berpanjangan, Kadar Fed & Konflik Geopolitik Tumpuan Pelabur!

    Emas Tunjuk Tanda Pemulihan, Tumpuan Perang Iran Masih Mendominasi

    Inflasi Zon Eropah Terjun ke Rekod Terendah: Adakah ECB Akan Kurangkan Kadar Faedah?

    Tidak Mahu Pisang Berbuah Dua Kali : ECB Ubah Pendekatan Komunikasi Inflasi

    Data Pekerjaan Penting Untuk The Fed: Goldman Sachs Keluarkan Unjuran!

    ADP : Pekerjaan Swasta AS Hanya Mampu ‘Survive’ Pada Februari!

    A.S Dijangka Dapat Elakkan Kemungkinan Kemelesetan? Ini Dapatan UBS

    Pelaksanaan Tarif Global 15% Dalam Tempoh Terdekat? Ini Butiran Terbaru!

    Minyak Naik Mendadak, Pengeluar AS Ambil Langkah Redakan Inflasi

    Minyak Naik Mendadak, Pengeluar AS Ambil Langkah Redakan Inflasi

    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • All
    • Analisis Matawang
    • Berita Kalendar Ekonomi
    • Tips Matawang
    Ringgit Sedikit Lemah, Konflik Asia Barat Pacu Lonjakan USD

    Ringgit Sedikit Lemah, Konflik Asia Barat Pacu Lonjakan USD

    Ringgit Dibuka Tinggi Menjelang Keputusan OPR!

    Ringgit Dibuka Tinggi Menjelang Keputusan OPR!

    Ringgit Lemah, Aliran Aset Selamat Pacu Kenaikan USD

    Ringgit Lemah, Aliran Aset Selamat Pacu Kenaikan USD

    Ringgit Merosot Tinggi, Capai RM3.92 Berbanding USD

    Ringgit Merosot Tinggi, Capai RM3.92 Berbanding USD

    Malaysia Jadi Belasahan? Ringgit Tewas Ketara Dengan Dolar AS

    USD Kembali Jadi Pilihan Pasaran!

    Demokratik vs Republikan: Mana Satukah Senario Lebih Baik untuk US Dolar?

    Apakah Yang Berlaku? Ini Impak Konflik Iran-AS Terhadap Pasaran Mata Wang Global!

    Ringgit Terperosot Di Awal Mac, Masih Pertahan RM3.90

    Ringgit Terperosot Di Awal Mac, Masih Pertahan RM3.90

    Tumpuan Sektor Buruh AS Sepanjang Minggu (2-6 Mac 2026)

    Tumpuan Sektor Buruh AS Sepanjang Minggu (2-6 Mac 2026)

    Ringgit Konsisten Tinggi Lebih 2 Minggu!

    Ringgit Konsisten Tinggi Lebih 2 Minggu!

    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • All
    • Analisis Teknikal Kripto
    • Asas Kripto
    • NFT
    XRP Dijangka Meletup Sehingga $15 Pada Gelombang Kedua!

    XRP Dijangka Meletup Sehingga $15 Pada Gelombang Kedua!

    Stablecoin Masuk $1.7 Bilion Walau Perdebatan Yield AS Berlanjutan?

    Stablecoin Masuk $1.7 Bilion Walau Perdebatan Yield AS Berlanjutan?

    Bitcoin Melonjak Lagi, Akhirnya Cecah Paras Harga $16,000!

    Dominasi Bitcoin Naik Ke 57.4%: Raja Kripto Masih Belum Tergugat?

    Dana Kripto Menyusut Sejak Oktober 2024

    Dana Kripto Menyusut Sejak Oktober 2024

    Bitcoin Melonjak $73,000, Volatiliti Kripto Kembali Pulih?

    Bitcoin Melonjak $73,000, Volatiliti Kripto Kembali Pulih?

    Australia Berisiko Hilang $17 Bilion Peluang Kripto Menjelang 2030!

    Australia Berisiko Hilang $17 Bilion Peluang Kripto Menjelang 2030!

    Trump Sokong Yield Stablecoin, Amaran Buat Bank AS?

    Trump Sokong Yield Stablecoin, Amaran Buat Bank AS?

    Bitcoin Kekal Stabil Di Tengah Konflik AS-Iran

    Bitcoin Kekal Stabil Di Tengah Konflik AS-Iran

    Aliran Keluar Kripto Iran Meningkat 700% Selepas Serangan AS-Israel

    Aliran Keluar Kripto Iran Meningkat 700% Selepas Serangan AS-Israel

    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • All
    • Saham Global
    • Saham Lokal
    Saham Global Jatuh Semula, Harga Minyak Melonjak Tinggi!

    Saham Global Jatuh Semula, Harga Minyak Melonjak Tinggi!

    Saham Adidas Menjunam, Konflik Timur Tengah Punca Utama?

    Saham Adidas Menjunam, Konflik Timur Tengah Punca Utama?

    Pasaran Saham Kembali Pulih, Konflik Asia Barat Mulai Reda?

    Pasaran Saham Kembali Pulih, Konflik Asia Barat Mulai Reda?

    Wall Street Tertekan, Konflik Asia Barat Berisiko Tingkatkan Inflasi AS!

    Wall Street Tertekan, Konflik Asia Barat Berisiko Tingkatkan Inflasi AS!

    Wall Street Stabil, Konflik Geopolitik Di Asia Barat Semakin Tegang!

    Wall Street Stabil, Konflik Geopolitik Di Asia Barat Semakin Tegang!

    Ini 3 Tips Para Pelabur Saham Boleh Lakukan Jika Perang Dagang Semakin Tegang!

    Pasaran Saham Merah: Eropah Terjejas Akibat Perang Timur Tengah!

    Saham Global Menjunam Selepas AS-Israel Serang Iran!

    Saham Global Menjunam Selepas AS-Israel Serang Iran!

    Toyota Rancang Jual Pegangan Saham Sekitar $19 Bilion!

    Toyota Rancang Jual Pegangan Saham Sekitar $19 Bilion!

    Indeks S&P 500 & Nasdaq Melemah, Dow Jones Menguat

    Indeks S&P 500 & Nasdaq Melemah, Dow Jones Menguat

    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR
No Result
View All Result
INTRADAY.my
No Result
View All Result
Home Saham Saham Lokal

Esok Cuti Umum, Bagaimana Pasaran Saham Hari Ini?

Team INTRADAY by Team INTRADAY
15 September 2020
in Saham Lokal
0
Esok Cuti Umum, Bagaimana Pasaran Saham Hari Ini?
5
VIEWS
Share on FacebookShare on TwitterShare to Whatsapp

Sertai komuniti Intraday di Telegram & WhatsApp untuk berita pasaran lebih pantas.

Tindakan pelabur untuk meraih keuntungan selepas kenaikan rancak semalam menyaksikan Bursa Malaysia dibuka rendah pada awal dagangan pagi ini.

Pada pukul 9.10 pagi, indeks petunjuk utama FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) susut 4.57 mata kepada 1,506.79, diheret turun terutamanya oleh kaunter Top Glove, yang meningkat lebih daripada 10 peratus semalam.

Bernama melaporkan, indeks utama dibuka 1.00 mata lebih rendah pada 1,510.36 berbanding 1,511.36 ketika ditutup petang semalam.

Pergerakan harga keseluruhan pasaran bagaimanapun positif dengan saham untung mengatasi rugi 289 berbalas 211 manakala 302 kaunter tidak berubah, 1,247 tidak diniagakan dan 19 lain digantung.

Jumlah dagangan ialah 631.88 juta saham bernilai RM481.19 juta.

Menurut Malacca Securities, ia menjangkakan lebih banyak aktiviti pengambilan untung segera menjelang rehat pertengahan minggu urus niaga.

Bursa Malaysia akan ditutup esok sempena cuti sambutan Hari Malaysia dan urus niaga akan disambung semula pada Khamis.

“Kami terus memihak kepada sektor penjagaan kesihatan kerana pada ketika ini penilaian ke atasnya lebih menarik.

“Sementara itu, sektor pembinaan turut mengambil kesempatan dengan pemulihan pada keseluruhan pasaran memandangkan aliran kontrak akan lebih cepat dalam kita mendekati suku akhir tahun ini,” katanya.

Secara keseluruhan, Malacca Securities berkata pasaran kekal optimis dengan para pelabur terus berusaha mendapatkan keuntungan yang lebih banyak di pasaran-pasaran ekuiti.

“Dengan mengambil petunjuk daripada keuntungan semalaman di Wall Street, momentum positif akan terus melimpah ke bursa tempatan.

“Sementara itu, sentimen urus niaga yang rancak akan terus menyaksikan aktiviti berpilih dalam tempoh terdekat,” tambahnya.

Dalam kalangan saham berwajaran tinggi, Top Glove turun 26 sen kepada RM8.32.

Dilaporkan pembekal peralatan pelindung diri (PPE) dari New Zealand telah menghentikan import sarung tangan pakai buang yang dikaitkan dengan Top Glove, berikutan kebimbangan mengenai buruh migran paksa.

Press Metal turun tujuh sen kepada RM5.15, MISC jatuh dua sen kepada RM7.60 dan PetChem merosot tiga sen kepada RM5.57.

Sebaliknya, Hartalega terus meningkat, naik 20 sen kepada RM13.20, Dialog menambah tiga sen kepada RM3.71 dan CIMB kukuh dua sen kepada RM3.17.

Secara keseluruhan, indeks penjagaan kesihatan berada dalam wilayah positif kerana kaunter farmaseutikal meningkat berikutan keyakinan terhadap vaksin COVID-19 meskipun terdapat banyak kaunter yang berkaitan dengan sarung tangan berada dalam kerugian.

Mendahului saham paling untung, Pharmaniaga dan Duopharma masing-masing meningkat 34 sen dan 29 sen kepada RM4.83 dan RM3.39.

Kaunter paling rugi pula, Supermax turun 42 sen kepada RM8.58, Rubberex susut 27 sen kepada RM5.36 dan Comfort Gloves jatuh 22 sen kepada RM4.15.

Sementara itu, bagi saham paling cergas, Ekovest merosot 1.5 sen kepada 59 sen, sementara Hiap Teck dan Technodex masing-masing meningkat dua sen kepada 24.5 sen dan 16 sen.

Di papan indeks, Indeks FBM Emas turun 35.22 mata kepada 10,839.03 dan Indeks FBM Emas Syariah lebih lemah sebanyak 52.59 mata kepada 12,826.24.

FBM 70 merosot 57.76 mata kepada 13,997.33, Indeks FBMT 100 menguncup 35.22 mata kepada 10,645.97 sementara FBM ACE naik 56.81 mata kepada 11,116.17.

Mengikut sektor, Indeks Perkhidmatan Kewangan turun 0.92 mata kepada 12,560,89, Indeks Perladangan meningkat 11.03 mata kepada 7,046,09 sementara Indeks Produk dan Perkhidmatan Industri merosot 0.29 mata kepada 136,35.

ShareTweetSend

Related Posts

Keuntungan Bersih Maybank Catat RM10.51 Billion Sepanjang 2025

Keuntungan Bersih Maybank Catat RM10.51 Billion Sepanjang 2025

by Team INTRADAY
26 February 2026
0

Malayan Banking Berhad (Maybank) mencatat keuntungan bersih RM10.51 bilion bagi tahun kewangan berakhir 31 Disember 2025, meningkat 4.2% berbanding tahun sebelumnya....

Tabung Haji Kini Jadi Pemegang Saham Utama AEON!

Tabung Haji Kini Jadi Pemegang Saham Utama AEON!

by Team INTRADAY
26 February 2026
0

Lembaga Tabung Haji (TH) kini secara rasminya muncul sebagai pemegang saham utama AEON Co (M) Bhd susulan pemerolehan baharu dalam...

Saham Petronas Gas Menjunam Ke Paras Terendah!

Saham Petronas Gas Menjunam Ke Paras Terendah!

by Team INTRADAY
25 February 2026
0

PETRONAS Gas Bhd (PetGas) merekodkan kejatuhan ke paras terendah dalam tempoh lebih dua bulan sejak 18 Disember 2025 selepas syarikat...

KWSP Beli 40 Juta Saham Sunway!

KWSP Beli 40 Juta Saham Sunway!

by Team INTRADAY
20 February 2026
0

Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) terus meningkatkan pegangan sahamnya dalam Sunway Berhad selepas syarikat itu mengumumkan tawaran pengambilalihan bersyarat bernilai...

  • Trending
  • Comments
  • Latest
Hakim Arah Kesemua Kutipan Tarif Trump Dipulangkan Semula!

Hakim Arah Kesemua Kutipan Tarif Trump Dipulangkan Semula!

5 March 2026
Pusat Data Amazon Jadi Sasaran Iran, Apa Kes Ni?

Pusat Data Amazon Jadi Sasaran Iran, Apa Kes Ni?

5 March 2026
XRP Dijangka Meletup Sehingga $15 Pada Gelombang Kedua!

XRP Dijangka Meletup Sehingga $15 Pada Gelombang Kedua!

6 March 2026
Trump Mahu Tentukan Pemimpin Baru Iran!

Trump Mahu Tentukan Pemimpin Baru Iran!

0
Ringgit Sedikit Lemah, Konflik Asia Barat Pacu Lonjakan USD

Ringgit Sedikit Lemah, Konflik Asia Barat Pacu Lonjakan USD

0
XRP Dijangka Meletup Sehingga $15 Pada Gelombang Kedua!

XRP Dijangka Meletup Sehingga $15 Pada Gelombang Kedua!

0
Trump Mahu Tentukan Pemimpin Baru Iran!

Trump Mahu Tentukan Pemimpin Baru Iran!

6 March 2026
Ringgit Sedikit Lemah, Konflik Asia Barat Pacu Lonjakan USD

Ringgit Sedikit Lemah, Konflik Asia Barat Pacu Lonjakan USD

6 March 2026
XRP Dijangka Meletup Sehingga $15 Pada Gelombang Kedua!

XRP Dijangka Meletup Sehingga $15 Pada Gelombang Kedua!

6 March 2026
INTRADAY.my

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.

Media Pasaran Kewangan No. 1 di Malaysia

  • MOSHED Magic Line
  • Disclaimer
  • Privacy Policy
  • Advertise With Us

Ikuti Kami

Sertai Komuniti Intraday
No Result
View All Result
  • Pasaran
    • Sembang INTRADAY
    • Berita Kalendar Ekonomi
  • Matawang
    • Analisis Matawang
    • Tips Trading
    • Belajar Trading FREE
  • Kripto
    • Asas Kripto
    • Analisis Teknikal Kripto
    • NFT
  • Saham
    • Saham Lokal
    • Saham Global
  • Umum
    • MOSHED Magic Line
    • Kalkulator Zakat Kripto
    • Berita Ekonomi
    • Isu Semasa
    • Biz
    • Artikel Umum
    • Download Apps
  • E-Kedai
    • Buku ANALISIS FUNDAMENTAL
    • Intraday Label – Merchandise
    • Komuniti #HUSTLE24HOUR

2025 © INTRADAY.my ⚡ Sejak Julai 2013.