Menurut sebuah laporan, Perdana Menteri Jepun,Yoshihide Suga dan Presiden China Xi Jinping merancang untuk mengadakan perbincangan melalui telefon pada hari Jumaat dan ianya adalah perbincangan pertama mereka sejak Suga memegang jawatan sebagai pemimpin Jepun.
Selain itu, rundingan itu bertujuan untuk memperluas hubungan antara kedua-dua negara. Di samping itu, mereka juga didakwa akan membincangkan tentang lawatan negara Xi ke Jepun yang ditangguhkan pada awal tahun ini kerana penularan wabak coronavirus.
Pada minggu lalu, Suga turut mengadakan perbualan telefon dengan beberapa pemimpin dunia termasuk Presiden AS Donald Trump. Hal ini demikian kerana beliau perlu untuk menyeimbangkan hubungan antara negara pimpinannya itu dengan Amerika Syarikat dan China meskipun kedua-dua buah negara tersebut berhadapan dengan konflik.
Persoalannya, adakah Suga berjaya untuk tidak menyebelahi sesiapa dalam konflik yang tercetus antara AS dan China? Berat juga tugas perdana menteri baharu Jepun ni!