Matawang Pound Sterling kembali menjunam pada dagangan semalam memulakan dagangan pada Februari dengan kurang baik berikutan timbul kebimbangan terhadap risiko hard-Brexit.
Perdana Menteri UK Boris Johnson dalam ucapan pertamanya selepas Britain rasmi meninggalkan Kesatuan Eropah (EU) menyatakan keinginan untuk mendapatkan perjanjian seperti yang diperolehi oleh Kanada yang berkemungkinan tidak akan dipenuhi oleh EU.
Pound mencatatkan penurunan harian terbesar 1 setengah tahun khususnya berbanding US dolar dan Yen berikutan kebimbangan tersebut.
Pergerakan harga pada carta pasangan matawang GBP/JPY telah menjunam sekitar 200 pips semalam ditambah pula pengukuhan Yen dalam suasana pasaran yang masih berisiko.
Sentimen pasaran risk-off masih lagi membuatkan pelabur gelisah dengan angka korban wabak Coronavirus meningkat kepada 425 kematian sementara 20,438 kes disahkan.
Harga pada dagangan GBP/JPY mencatatkan penurunan dari paras tertiunggian harian pada hampir 143.100 sehingga ke paras lebih rendah dari 141.100 pada penghujung sesi New York.
Harga yang ditutup sekitar paras 141.200 bergerak perlahan bersambung pada sesi Asia hari ini. Paras tersebut merupakan zon support yang telah diuji pada Disember dan juga Januari lalu namun gagal ditembusi.
Jika rundingan UK-EU kekal goyah, penyusutan dagangan Pound mampu menolak harga ke paras lebih rendah pada carta GBP/JPY dengan penurunan boleh mencecah sekitar 200 pips ke paras support November tahun lalu.
Sebaliknya jika harga kembali membuat kenaikan, paras-paras tumpuan pada 142.600 dan 143.600 akan kembali menjadi destinasi kenaikan harga.
Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/JPY di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.