Harga minyak terus didagangkan di bawah tekanan meskipun terdapat risiko ribut taufan Delta yang mengancam fasiliti-fasiliti minyak di Teluk Mexico sehingga memaksa syarikat tenaga menghentikan pengeluaran hampir 1.5 juta tong sehari.
Penanda aras niaga hadapan minyak mentah Brent diniagakan meningkat pada $42.04 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula susut sedikit pada $39.92 setong.
Ketika taufan Delta diramalkan meningkat menjadi ribut kategori 3 dengan kelajuan angin hingga 120 batu per jam (193 km per jam), pengeluar minyak telah mengeluarkan 183 kemudahan dan menghentikan pengeluaran hampir 1.5 juta tong sehari.
Selain itu, pergerakan dagangan komoditi hitam turut dibataskan oleh peningkatan dalam bekalan minyak mentah AS yang meningkat sebanyak 501,000 tong sehari pada minggu lepas, menurut data diterbitkan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA).
Ini menunjukkan pemulihan permintaan minyak mentah AS masih lemah berikutan peningkatan berterusan kes coronavirus di negara itu.
Harapan untuk melihat pemulihan permintaan minyak AS kembali pudar setelah Trump menamatkan rundingan mengenai pakej rangsangan baru sehingga pilihan raya presiden pada November.