Sejak pertabalan Joe Biden secara rasmi sebagai presiden Amerika Syarikat (A.S), ramai dalam kalangan pemain pasaran yang menaruh harapan agar hubungan perdagangan antara A.S dan China menujukkan pemulihan. Menjadi tanda tanya bagaimanakah Biden akan realisasikan perkara itu. Adakah Biden akan melakukan perjanjian baru dengan China?
Rentetan perkara tersebut, pakar ekonomi tampi memberi pandangan bahawa Biden berkemungkinan besar tidak akan melakukan perjanjian baru dengan China atau mengurangkan tarif ke atas barangan China. Walaubagaimanpun, berdasarkan petunjuk yang ada, pakar ekonomi berpendapat bahawa Biden bersedia untuk terlibat semula dalam perjanjian perdagangan pelbagai hala.
Jika bekas presiden A.S Donald Trump terkenal dengan slogan ‘America First’, Joe Biden pula terkenal dengan slogan ” Buy American”. Ini salah satu faktro, Rashmi Banga, ahli ekonomi UNC berpendapat ketegangan akan berterusan. Lanjut beliau, A.S tidak akan mengubah polisi dalam persaingan teknologi yang dikenakan ke atas China.
Bagi mengekang kehadiran China, Amerika Syarika akan lebih tekad untuk menegaskan kehadiran mereka di rantau Asia Pasifik dengan melakukan kerjasama bagi mengatasi pengaruh politik, komersial dan ketenteraan China.
Justeru, terdapat kemungkinan bahawa A.S akan bergabung kembali dalam perjanjian CPTPP. Indeks US dolar merosot sebanyak 0.34% berbanding matawang utama kepada paras tukaran 90.625 setakat jam 10.15 p.m.