Solana (SOL) antara koin kripto yang menunjukkan peningkatan konsisten sejak dilancarkan pada tahun lepas. Walaupun data CoinMarketCap menunjukkan SOL berada di kedudukan ke-19, kripto ini tidak pernah mengecewakan pelaburnya.
Sama seperti Ethereum dan Tezos, Solana merupakan blockchain yang menyokong kontrak pintar dan aplikasi desentralisasi.
Ia menggunakan konsensus proof-of-stake (PoS) yang mana menjadikan platform ini berupaya memproses sebanyak 50,000 hingga 65,000 transaksi sesaat (transaction per second, TPS) pada kos yang rendah sekitar $0.00001 per transaksi.
Ini berbeza dengan pemprosesan transaksi di Bitcoin dan Ethereum yang masing-masing memakan masa selama 7 TPS dan 15 TPS.
Manakala proof-of-history, komponen di dalam PoS pula membantu sistem rangkaian itu untuk mengesan transaksi dengan lebih mudah.
Solana merupakan idea Anatoly Yakovenko yang pernah bekerja di Qualcomm dan Dropbox sebelum membangunkan platform tersebut. Malah, organisasi ini disokong oleh pasukan yang memiliki latar belakang kerjaya dari firma Apple, Intel, Google, Microsoft, dan Twitter.
Usaha mereka berjaya menarik ramai rakan kerjasama seperti Serum, dFuse, Aleph.im, Metamarket, Akash, Blockchain Service Network (BSN), Solible, Orca dan Audius.
Tokennya, SOL boleh terus ke nodes dalam kluster Solana sebagai pertukaran untuk program on-chain atau mengesahkan output. Selain itu, SOL juga boleh digunakan untuk menjalankan pembayaran mikro (micropayments) yang dikenali sebagai ‘lamport’, termasuk staking bagi mendapatkan ganjaran.
Antara projek berpotensi yang dinantikan: SolStarter, COPE, BonFida, Oxygen, ChainLink, Step Finance, Media Network, Synthetify, Solaris, Solanium dan banyak lagi!