Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Thailand (SEC) telah mengambil keputusan untuk membatalkan pelan peraturan kripto barunya setelah mendapat tentangan besar-besaran dari masyarakat tempatan kerana meletakkan piawaian yang tinggi untuk pelabur.
Menurut laporan Bangkok Post, piawaian itu menghendaki para pelabur memiliki pendapatan minimum tahunan sebanyak 1 juta baht (iaitu sekitar $ 33,000). Ia dilihat terlalu tinggi, jika dibandingkan dengan KDNK per kapita Thailand yang hanya sekitar $ 7,800 setahun.
Draf peraturan mencadangkan semua warganegara Thailand yang ingin melabur dalam kripto wajib membuatkan pengesahan pendapatan. Perkara ini mendapat kritikan hebat dalam kalangan masyarakat selepas draf tersebut diterbitkan.
SEC tampil memberi respon balas bahawa kriteria yang dicadangkan hanya untuk mengukur pendapat umum.
Thailand adalah antara negara berkembang yang menunjukkan minat mendalam untuk melabur dalam matawang kripto dan peningkatan minat dalam pasaran yang berterusan mendorong SEC untuk mengawalselia pelaburan ini.