Jumlah rakyat Amerika yang mengemukakan tuntutan baru untuk faedah pengangguran secara tidak dijangka meningkat pada minggu lalu walaupun pasaran buruh mencatat pemulihan yang didorong oleh aktiviti ekonomi yang rancak dan peningkatan vaksinasi.
Tuntutan awal untuk faedah pengangguran adalah sebanyak 419,000 untuk minggu yang berakhir pada 17 Julai, berdasarkan laporan yang dikeluarkan oleh Jabatan Tenaga Kerja pada hari Khamis.
Bacaan ini meningkat berbanding minggu sebelumnya yang mencatat jumlah tuntutan hanya 368,000 setelah disemak semula dan bacaan minggu lepas juga jauh tersasar dari tinjauan para pelabur yang mensasarkan jumlah tuntutan hanya 350,000.
Peningkatan tuntutan pengangguran ini adalah suatu yang mengejutkan kerana data lepas mununjukkan terdapat peningkatan ketara dalam pekerjaan. Setahun yang lalu, negara telah mencatat hampir 1.5 juta tuntutan baru seminggu berikutan penutupan sektor ekonomi.
Walaubagaimanapun, seiring peningkatan vaksinasi yang lebih meluas dan kes-kes jangkitan Covid-19 semakin menurun secara mendadak telah mendorong peningkatan dalam pekerjaan.
Jumlah tuntutan yang dikeluarkan ini adalah jumlah mingguan tertinggi sejak 15 Mei walaupun di tengah jangkaan bahawa pasaran buruh semakin berkembang dan syarikat menunjukkan sikap yang lebih agresif untuk menambah pekerjaan.
Disisi lain, tahap tuntutan berterusan menurun kepada 3.24 juta, turun 126,000 dari tahap semakan minggu sebelumnya. US dolar masih didagangkan rendah dengan turun 0.06% kepada 92.698. Bagi pasaran saham hadapan pula bergerak dengan mendatar.